in

“Orang ke tu?”- [VIDEO] Seram! Netizen Tertanya-Tanya Penampakan Lembaga ‘Jengah’ Bayi Ini

Fi Mata

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je tak suka baby? Lebih-lebih lagi kalau baby yang baru lahir tu. Tenang je tengok kan? 



Tapi orang kata lah…bukan manusia je yang suka baby ni, makhluk lain pun ada yang tertarik. Biasalah bayi baru lahir kan suci lagi, itu yang kadang-kadang ‘benda’ lain pun suka….

Macam video perkongsian yang telah pun viral di laman TikTok semalam, satu penampakan lembaga seolah-olah ‘menjengah’ seorang bayi yang sedang tidur telah dirakam daripada ‘baby monitor’.

@ans_syah

Pastikan ya 🥲 #ilusioptikmata #fypシ #fyp

♬ original sound – PENGABDI SETAN 2 – PENGABDI SETAN 2

 

Video berdurasi 14 saat daripada @ans_syah ini telah berjaya membuat ramai yang meremang serta tertanya-tanya adakah itu benar-benar lembaga atau sebenarnya manusia. Dalam masa satu hari sahaja, video ini telah mendapat perhatian daripada hampir 10 juta penonton dan sejuta likes!

Jika dilihat sekali pandang, pasti ramai yang tak perasan penampakan lembaga itu. Tapi, kalau korang dah berulang kali ulang video ni, mesti korang akan perasan sepasang mata yang berkelip-kelip menjengah di tepi katil bayi itu. Bukan setakat mata je, bentuk tulang pipinya yang naik pun terlihat, seolah-olah dia sedang tersenyum pada bayi tu!

Di ruangan komen, ramai yang telah berkongsikan rasa seram mereka setelah terlihat kelibat mata yang berkelip-kelip itu. Namun, ada juga yang beranggapan bahawa ia merupakan seorang manusia.

Komen Mata

Tambah menyeramkan lagi, soundtrack Pengabdi Setan digunakan sebagai lagu latar video ni! Kalau betul tu manusia, semoga dia sebenarnya ibu kepada baby itu lah. Takut juga kalau tu penculik yang nak culik bayi ke kan. Risau….

Baca: “Duduk atas bahu lagi”- Peguam Ini Kongsi Kejadian Seram Berlaku Sepanjang Kerja

Fi Peguam

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.