“Rumah kat rooftop tau” – Wow! Seriouslah Jakarta Ada Rumah Atas Bumbung Bangunan Lain?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Indonesia, antara negara yang mempunyai kepadatan penduduk tertinggi di dunia.

Bandar-bandar utama seperti Jakarta, Bandung dan Surabaya mempunyai kepadatan penduduk tertinggi sehingga mencecah hampir 10 juta orang.

Cosmo Park, Thamrin City, Jakarta

Dengan jumlah penduduk seramai itu, bayangkan betapa sesaknya dan tinggi harga sesebuah hartanah!

Baru-baru ini, viral di media sosial pemandangan sebuah kawasan perumahan mewah yang didirikan di atas sebuah bangunan hasil perkongsian seorang netizen di Twitter.

Sumber: Twitter

Ini ialah kawasan Cosmo Park, yang terletak di tingkat 10 pusat membeli-belah Thamrin City, Jakarta.

Hanya boleh diakses penduduk taman

Menurut laporan JawaPos.com, kawasan rumah mewah itu hanya boleh diakses oleh penduduk taman itu dan pihak keselamatan.

Sangat private dan limited access!

Menariknya, taman perumahan ini dah ada sejak 10 tahun lalu dan dijual pada harga lebih kurang Rp.4.5 juta!

Rumah 2 tingkat, 3 bilik tidur

Rumah-rumah di sini terdiri daripada bangunan dua tingkat, ada 3 bilik tidur serta 4 bilik air pada keluasan 180 meter persegi.

Setiap rumah pula mempunyai hak milik strata (strata title) seperti rumah apartmen.

Sumber: Agoda
Sumber: Instagram

Tapi rupa rumah seperti rumah landed property kan? Jadi ianya lebih selamat dan adalah kawasan tanah untuk pembeli.

Sedia disewa pada harga Rp. 25 juta/bulan

Menurut ejen hartanah di sana, rumah-rumah ini available untuk disewa pada kadar Rp. 25 juta sebulan.

Sumber: Antara
Sumber: Instagram

Buat masa ini, ada 25 unit rumah sedia untuk disewa daripada 78 unit yang ada terbina di sini.

Antara kemudahan yang ada termasuk kolam renang, taman serta kawasan untuk bersukan menurut Liputan 6.

Memang luar biasa! Satu solusi out-of-the-box dan dapat menggunapakai ruang yang ada.

Baca: Siapa kata anak kampung tak boleh maju!” – Wanita Ini Buktikan Usaha 11 Tahun Berniaga Berbaloi, Mampu Bina Rumah Banglo Untuk Emak

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Suraya Roslan

Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.