in

“Rugi anugerah allah berikan suara yg merdu sy tak gunakan..” – Aliff Syukri Nak Keluarkan Lagu Baru?

Fi Aliff Syukri Lagu Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap seorang dari kita mesti ada cara tersendiri, untuk memenuhi masa lapang ataupun ketika sunyi dengan bergaul bersama kawan atau keluarga supaya hari tersebut taklah berlalu begitu saja lagi-lagi musim pandemik ini.


Namun usahawan kosmetik terkenal, Dato Sri Aliff Syukri, ada caranya tersendiri untuk mengisi ‘kesunyian’ itu bukan macam orang lain apabila dia dilihat lebih memilih untuk mengeluarkan lagu baru. Lain macam..

 

Lagu baru tajuk ‘Sunyi’?

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Dato Aliff, di Instagramnya apabila dia bertanyakan kepada netizen sama ada sesuai jika dia mahu keluarkan lagu baru bertajuk ‘sunyi’ disebabkan itu yang dirasainya saat ini.

Selain itu juga, dia menyifatkan bahawa rugi sekiranya suara merdu yang dikurniakan oleh tuhan kepadanya tidak digunakan sebaiknya. Maka sebab itu jugalah dia berniat untuk merakam lagu baru tersebut.

“Awak sy sunyi apa patut sy buat? Okey tak kalau sy nak keluarkan lagu baru bertajuk “sunyi” awakkk boleh tak??

“Rugi anugerah allah berikan suara yg merdu sy tak gunakan..” katanya.

 

Tak sabar menanti vokal terbaik dari Dato ?”

Di ruangan komen, Dato Aliff turut mendapat sokongan daripada netizen dengan ada yang menyatakan mereka tak sabar untuk menanti lagu tersebut.

Namun ada juga yang mencadangkan, supaya beliau membaca ayat-ayat Al-Quran ketika sunyi berbanding mengeluarkan lagu baru.

Reak Aliff Syukri Lagu Baru 1 Edit Reak Aliff Syukri Lagu Baru 2 Edit Reak Aliff Syukri Lagu Baru 3 Edit Reak Aliff Syukri Lagu Baru 4 Edit

Sebelum ini juga, Dato Aliff ada mengeluarkan beberapa buah lagu dan yang paling menjadi perhatian adalah lagu Bobo Di Mana nyanyian beliau bersama Nur Sajat, dan selebriti Indonesia Lucinta Luna.

Pilihan tajuk tu dah menarik. Korang rasa kalini Dato Aliff ada duet dengan sesiapa tak?

 

Baca : “Kau patut sokong aku” –  Niat Nak Jadi PM Tak Dapat Sambutan, Aliff Syukri Kecewa Dengan Zizan?

Foot Alif Syukri Lagu Baru

 

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.