in

“Kau patut sokong aku” – Niat Nak Jadi PM Tak Dapat Sambutan, Aliff Syukri Kecewa Dengan Zizan?

Fi Aliff Syukri Sentap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, kita semua dikejutkan dengan berita perletakan jawatan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beserta Ahli Jemaah Menteri yang lain dengan serta merta. Oleh itu, tampuk kerajaan kini masih belum diisi oleh mana-mana parti.



Dalam kita tertanya bagaimana penyudah kepada kemelut politik di negara ini, ada juga hiburan untuk kita apabila Dato Aliff Syukri menyatakan hasratnya untuk jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-9.

Baru-baru ini, usahawan tersebut ada memuat naik resume dirinya yang mahukan jawatan tertinggi tersebut di laman Instagramnya.

 

Hasil daripada tindakannya itu, ada juga yang menyatakan ‘sokongan’ namun ada juga yang memberi kritikan. Pun begitu, Aliff masih lagi bersemangat untuk menggapai cita-citanya tersebut.

 

Sedih dengan Zizan

Kemudian, Dato Aliff ada buat live di Instagram bersama pelawak dan pelakon, Zizan Razak. Dalam pada itu, usahawan itu menyatakan bahawa Zizan akan jadi timbalannya sekiranya dia diangkat sebagai Perdana Menteri yang baru.

Menerusi potongan video daripada live tersebut, Zizan dilihat seperti memberi sokongan kepada Dato Aliff ini. Namun selepas beberapa ketika, Dato Aliff terus memberhentikan sesi tersebut yang sedang ditonton oleh ribuan viewer.

Hal ini berpunca apabila dia meluahkan rasa kecewanya kepada Zizan, sebab dah buatnya kecil hati. Lantas, Zizan terus membuat permohonan maaf kepada Dato Aliff sendiri.

 

Kena kuat utk jadi pemimpin negara

Disebabkan itu, mereka kemudian membuat live bersama semula namun usahawan tersebut masih tak berpuas hati sebab merasakan Zizan seakan memerlinya.

Namun Zizan dengan tenang melayan dan memberitahu dengan lebih lanjut tentang perkara-perkara perlu dilakukannya untuk menjadi seorang Perdana Menteri.

 

“Nak jadi PM kena hati kering dato… Elok dato jadi speaker dewan parlimen”

Menjengah ke ruangan komen, nyata aksi Dato Aliff ni membuatkan ramai netizen terhibur. Selain itu, ada juga yang menasihatkan bahawa dia perlu mengubah personaliti terlebih dahulu sebelum menceburi bidang politik ini.

Reak Aliff Syukri Sentap 1 Edit Reak Aliff Syukri Sentap 3 Edit Reak Aliff Syukri Sentap 4 Edit Reak Aliff Syukri Sentap 5 Edit

Korang macam mana, sokong Dato Aliff jadi PM kita tak?

 

Baca : “Doakan semuanya dipermudahkan” – Aliff Syukri Calonkan Diri Sendiri Jadi PM Ke-9?

Foot Aliff Syukri Sentap

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.