in

Rosmah Terkejut Nilai Rampasan Sampai RM1.1 Bilion!

56657B98Fcfc17640D62C5C6270B881C

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya semalam hampir semua rakyat Malaysia dapat heart attack lepas tahu jumlah sebenar rampasan harta benda di kediaman bekas Perdana Menteri yang bernilai lebih kurang RM1.1 bilion. Tapi rupa-rupanya bukan kita je yang terkejut, empunya barang yang dirampas pun terkejut bila dapat tahu nilai yang sebenar. Eh biar betul ni? 


Menurut Free Malaysia Today menerusi sesi temubual Najib dengan Malaysiakini, bekas PM tu sendiri tidak bersetuju dengan nilai anggaran RM1 bilion yang dikemukakan pihak polis berkaitan barang rampasan daripada kediaman dia tu.

F302C08Bf8Ac0407A8C9C0D9165Dad98
sumber: malaysiakini

Lebih mengejutkan, Najib beritahu yang isterinya, Rosmah Mansor pun ‘terkejut’ dan tak percaya dengan amaun yang dinyatakan tu.

Saya fikir penilaian tu… dia (Rosmah) tak percaya jumlah seperti itu.”

Rosmah1 1
sumber: blog

Menurut Najib, kebanyakan barang yang dirampas pihak polis tu pun bukanlah kepunyaan Rosmah secara sah. Katanya, sesetengah daripada barang kemas ialah kepunyaan anak perempuan mereka, Nooryana Najwa dan suami serta mertua anaknya yang berasal dari Kazakhstan. Oh macam tu… 

Dakwa Najib lagi, ada jugak di antara barang kemas yang dihantar oleh pemiliknya kepada mereka untuk tujuan ‘tontonan’ saja dan mereka kena pulangkan barang kemas tu semula kepada pemiliknya.

7Abdcebac5Ee3B80Cf595B3D0074849D
sumber: malaysiakini
C696371037C13439A6F1Ccabfa912986
sumber: malaysiakini

“Janganlah kita terus membuat kesimpulan. Benarkan kami memeriksa barangan tersebut secara individu. 

“Seperti yang anda tahu, harga bagi sebuah batu sama ada ia diperolehi atau yang dihadiahkan pada 20 tahun lalu, lebih rendah daripada harga yang dibayar kerana harga batu meningkat dengan begitu ketara bergantung kepada penilaiannya,” jelasnya.

Malah Najib jugak menambah, sesetengah barang yang diperolehi tu adalah hadiah yang telah dikumpul semenjak 4 dekad dirinya di dalam dunia politik.

8250
sumber: blog

“Kalau hadiah diberikan kepada anda oleh ketua negara lain, macam hadiah hari jadi dan anda tak mengharapkan apa-apa darinya, ia tak salah. 

“Tapi daripada apa yang saya tahu semasa menjadi ketua dalam kerajaan ni, kami telah diberikan banyak hadiah dari pemimpin negara luar dan juga rakan rapat.

“Saya tahu perkara ni dalam undang-undang tak salah untuk terima hadiah. Hadiah inilah yang saya kumpul dalam beberapa dekad,” kata Najib lagi.

Buat masa sekarang ni, kita serahkan sajalah kepada pihak polis untuk menyiasat sama ada barangan ni betul-betul dibeli gunakan duit 1MDB atau tak. Kalau tak salah, polis pulangkan je lah balik kan barang-barang tu. So sama-samalah kita nantikan kesudahan kes ni.

Terkejut admin bila Rosmah kata dia pun terkejut dengan amaun RM1.1 bilion tu. Erk! 

Baca: Rampasan Terbesar Dalam Sejarah Malaysia! 

Najjjj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.