in

Rampasan Terbesar Dalam Sejarah Malaysia!

Najjjj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akhirnya, sidang media yang dinantikan ramai muncul jugak! Hari ini, Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh telah adakan sidang media khas untuk reveal jumlah keseluruhan nilai barangan yang dirampas dari kediaman bekas PM, Datuk Seri Najib Razak.



Dalam sidang akhbar tersebut, Amar beritahu bahawa pihak mereka dah buat pengiraan dan pemeriksaan barang yang dirampas dari 21 Mei hingga 25 Jun lalu dan jumlah kesemua barangan tersebut antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion, lapor Berita Harian. Wow banyakkk gila! 

Amar
sumber: bh

Kesemua barang yang dirampas ni adalah dari 6 kawasan termasuklah:

  • Pejabat Perdana Menteri 
  • Rumah rasmi Najib Razak 
  • Kediaman di Langgak Duta
  • Kediaman di Pavillion 

Ini pula senarai rampasan yang telah selesai dikira pasukan JSJK Bukit Aman:

Wang tunai 

  • Sebanyak RM116.7 juta wang tunai telah dijumpai dalam 35 beg besar.
  • Terdapat 26 mata wang dan pihak Bank Negara Malaysia ambil masa 3 hari untuk kira dengan 22 staf dan 6 mesin pengiraan.

Barang kemas 

  • 25 beg mengandungi barang kemas sebanyak 12,000 item.
  • Antara jenis barang kemas seperti cincin, gelang, anting-anting, berlian yang dianggarkan bernilai RM440 juta.
  • Ini tak termasuk 50-100% harga pasaran serta kos pembuatan dan design yang mungkin bernilai antara RM660 juta atau RM880 juta.
  • 12,000 item barang kemas ini termasuklah:
    • 2,200 cincin
    • 1,400 rantai
    • 2,100 gelang tangan
    • 2,800 pasang anting-anting
    • 1,600 brooch
    • 14 tiara
  • Barang yang paling berharga ialah rantai emas yang berjumlah RM6.4 juta.
3Af524D1Cd91C2C9A02B17B4A8732A6B
sumber: malaysiakini
7Abdcebac5Ee3B80Cf595B3D0074849D
sumber: malaysiakini

Beg tangan 

  • Jumlah beg tangan yang dirampas ialah 567 buah dengan pelbagai jenama.
  • Total nilai kepada semua beg itu ialah RM51.3 juta dan pihak polis mengambil masa 8 hari untuk mengira beg-beg tersebut yang lebih 37 jenama.
  • Antara jenama beg yang dirampas ialah Hermes, Prada, Chanel dan Bijan (beg custom made yang mahal).

Jam tangan 

  • 6 beg mengandungi 423 utas jam tangan.
  • Pihak polis mengambil masa 3 hari untuk mengira dan mengenalpasti ketulenannya.
  • Jumlah total jam tangan yang dirampas ialah RM78 juta dan antara jenama yang didapati seperti Rolex dan Chopal.

Cermin mata

  • 3 buah beg mengandungi 234 cermin mata berjenama yang berjumlah RM374,000. Cartier antara jenama yang dirampas.
14B0D8Aa965739989D8Bbdfafffa8F37
sumber: malaysiakini
C696371037C13439A6F1Ccabfa912986
sumber: malaysiakini
E191C725052C76965429Ecb895C26B11
sumber: malaysiakini

Dalam sidang media tersebut, Amar menjelaskan bahawa pihak mereka ambil masa yang lama untuk mengira kerana angka yang dirampas adalah sangat besar. Terdapat 8 pasukan khas yang terdiri daripada 150 pakar dan pegawai terbabit dalam proses pengiraan ini. Menurutnya, ia adalah rampas terbesar yang pihak polis pernah lakukan dalam sejarah.

Berpinau mata admin baca barang-barang yang dirampas. Tak sangka Datin Rosmah kumpul tiara macam DSV jugak kan? 

Baca: 284 Kotak, 72 Bagasi Mengandungi Wang Dirampas Dari Kondo Mewah 

S 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.