Ramai berada dalam kerisauan sebab dah lama tak nampak isteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah sejak 9 Mei. Tapi menurut Malaysiakini, peguam Rosmah dah menjelaskan yang Rosmah kini berada dalam keadaan baik.
Peguam M Puravalen meninggalkan kediaman Najib pada jam 1.10 petang tadi dan memberitahu Najib dan isterinya dalam keadaan baik-baik sahaja. Dia juga menerangkan yang kehadirannya adalah untuk mewakili Rosmah tetapi enggan mendedahkan kes mana yang diwakilinya.
“Saya tidak boleh memberi komen, kamu perlu tanya polis.”
Walau bagaimanapun, masih tidak pasti sama ada polis telah memulakan siasatan terhadap Rosmah.
Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Raja, Nazilah Idris memberitahu Najib berada dalam keadaan sihat dan tenang walaupun rumahnya digeledah pihak berkuasa.
“Alhamdulillah, beliau tabah dan kuat menghadapi dugaan walaupun tidak putus disoal siasat pihak polis. Kalau seseorang itu bersalah ataupun rasa bersalah dan buat salah, mesti dalam keadaan yang tak boleh tenang macam ini.”
Rosmah ada rupanya bersama-sama suami dia selama ni.
Baca: “Kita tak nampak Rosmah sejak 9 Mei”