“Kita tak nampak Rosmah sejak 9 Mei”

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Permulaan Ramadan kita tahun ni digemparkan dengan berita kediaman bekas PM Malaysia diserbu dan digeledah polis bagi mencari bukti berkaitan siasatan 1MDB.

Sepanjang berita dilaporkan, tweet serta gambar yang dimuat naik oleh Najib, tiada langsung nampak kelibat isterinya, Rosmah Mansor yang menimbulkan tanda tanya rakyat Malaysia tentang keberadaannya sekarang.

Sumber: Malaysiakini
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Memandangkan sebelum ini dikatakan kononnya Najib dan Rosmah cuba melarikan diri, maka lagilah ramai takut kemungkinan dia sudah melarikan diri. Ada yang mengatakan mungkin Rosmah dah berjaya melarikan diri menggunakan kapal!

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Tak tahulah apa kebenaran disebalik apa yang diperkatakan mereka ni sebab memang betul semenjak kekalahan BN takde nampak langsung kelibat Rosmah di mana-mana gambar Najib.

Ramai yang berpendapat sepatutnya Rosmah berada di sisi Najib di saat getir seperti ini dan membandingkannya dengan Tun Siti Hasmah dan Dr Wan Azizah yang kekal bersama dengan suami mereka di saat mereka memerlukan.

Sumber: Twitter

Takpelah, kita beri ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka. Mungkin adalah tu kot Rosmah di dalam Malaysia sebab masih belum ada laporan rasmi mengenai keberadaan dia.

Manalah Rosmah ye?

Baca: Doktor Dedah 8 Prosedur Kecantikan Rosmah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.