in

‘Robin Hood’ Berspender Rompak Kedai Telefon Untuk Diberikan Pada Gelandangan, Hanya Rompak Kedai Nama ‘Banana’ Sebab…

Robin Hood Thailand

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kata orang, Robin Hood tu adalah ikon legenda berasal dari England yang mengambil harta si kaya untuk diagihkan pada golongan miskin.


Tak sangka pulak di negara jiran, Thailand, turut ada Robin Hood. Cuma penampilannya lain macam sikit.

Spender E1657344166838

Daily Star melaporkan, Robin Hood Thailand berkenaan turut diberikan jolokan Mr Underpants kerana suspek telah merompak sebanyak sembilan buah kedai alat eletronik dengan hanya memakai seluar dalam berwarna putih. Tak sejuk ke bang oi…

Suspek yang dikenal pasti sebagai Jeh-isma-ae Hama, 23, akhirnya diberkas pada Isnin lalu. Menurut sumber, suspek dipercayai sudah mula melakukan rompakan sejak akhir Januari tahun lalu dan mula semula pada awal Januari tahun ini.

Hanya pakai seluar dalam & rompak kedai tertentu je

0 Image E1657343610409

Sumber turut mendedahkan, Robin Hood Thailand ini telah mencuri sekitar 128 barangan eletronik berupa telefon pintar yang jumlahnya mencecah 1.9 juta baht (RM232,952).

Apa yang menarik, Robin Hood Thailand ini tidak mengambil kesemua hasil curinya tetapi memberikan kebanyakannya kepada gelandangan yang tinggal di stesen kereta api. Baki hasil curian pula barulah akan dijual.

Difahamkan, Robin Hood Thailand ini juga pernah menjadi seorang gelandangan suatu ketika dahulu.

0 Image 1 E1657344081452

Ketika sesi soal siasat, Robin Hood Thailand ini berkata, sebab dia memilih hanya untuk berseluar dalam adalah kerana dia berasa lebih yakin.

Malah, Robin Hood Thailand ini juga mendedahkan, dia hanya merompak dari kedai eletronik bernama Banana (pisang) sahaja sebab dia sukakan pisang dan warna kuning.

“Saya suka buka baju dan pakai seluar dalam je. Ia bagi saya rasa lebih yakin dan saya rasa saya dapat jadi diri saya yang sebenar,” katanya.

Sumber: Daily Star

Baca: “Robin Hood betul-betul wujud!” – Hamza Bendelladj : Hacker Yang Guna Hasil Wang Curi Untuk Derma Ke Palestin

Hack E1657341316749

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.