Melakukan godaman laman sesawang dan mencuri wang itu sudah semestinya satu perbuatan jenayah, cuma apa yang agak pelik dengan pemuda yang berasal dari negara Algeria, Hamza Bendelladj ini.
Dia seorang daripada 10 penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak FBI Amerika Syarikat, jadi itu sahaja dah menunjukkan bahawa Hamza ini bukan calang-calang punya penjenayah siber. Tapi apa yang lainnya dekat dia ni? Baca ni..
Gunakan samaran BX1 & Smiling/Happy Hacker
Hamza menggodam laman web dan mencuri duit daripada akaun itu membuatkan dia memperoleh berjuta-juta dolar.
Menurut Aljazeera, Hamza yang merupakan graduan dari bidang sains komputer ini menggunakan virus komputer sebagai modus operandinya untuk menggodam laman sesawang mangsa.
Hamza dikatakan telah mencuri wang dekat lebih daripda 200 bank di Amerika Syarikat dan institusi kewangan, ada juga yang mengatakan godaman itu dibuat di seluruh dunia.
Tapi apa yang anehnya dekat Hamza ini, semua wang yang dia dah ‘rompak’ tu tidak digunakan untu kegunaan dirinya.
Sebaliknya, Hamza dermakan semuanya kepada rakyat-rakyat di negara-negara Afrika yang miskin serta kepada rakyat Palestin.
Namun begitu, modus operandinya itu akhirnya terkandas apabila dia telah berjaya ditangkap pada 8 Januari 2013 ketika dalam penerbangan ingin menuju ke Mesir dari Malaysia.
Dia ditahan sewaktu transit di Bangkok, dia dipenjarakan selama 15 tahun oleh mahkamah Amerika Syarikat, lapor Aljazeera.
Menurut sumber, ketika Hamza ditangkap dia cuma tersenyum apabila hendak dibawa penjara.