in

Rise: Ini Kalilah Filem Inspirasi PRU14 Naikkan Semangat Cinta Negara!

Filem

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hampir tiga bulan PRU14 berlalu dengan kemenangan bersejarah daripada Pakatan Harapan (PH), kini bakal muncul sebuah filem berdasarkan peristiwa tersebut. Cepatnya! Macam tak percaya pulak! 


Menurut Star2, Rise: Ini Kalilah merupakan sebuah filem yang diinspirasikan oleh peristiwa sebenar PRU14 dan bakal ditayangkan ke seluruh negara pada 13 September 2018 ini. Wow cun-cun dekat tarikh Hari Malaysia! 

Djldydavaaajsoo
sumber: twitter

Filem yang diarahkan Saw Teong Hin, Nik Amir Mustapha dan Prem Nath ini memaparkan kehidupan berbeza rakyat Malaysia yang melalui hari-hari mendekati tarikh bersejarah pada 9 Mei 2018. 

Diterbitkan oleh Prodigee Film, Filmmaker Studio dan WebTVAsia, filem ini mengisahkan seorang pelajar luar negara yang tinggal di London bertungkus lumus membawa pulang undi pos rakan-rakan tepat pada waktunya.

Inikalilah 1
sumber: instagram
Inikalilah 2
sumber: instagram

Lebih menarik, filem ini melalui proses pengggambaran hanya dalam tempoh 3 bulan di pelbagai tempat sekitar Malaysia, Singapura dan United Kingdom. Antara pelakon yang terlibat dalam filem ini seperti Mira Filzah, Remy Ishak, influencer terkenal Jenn, Sweet Qismina dan ramai lagi!

Inikalilah 3
sumber: instagram
Inikalilah 5
sumber: instagram

Dalam sidang media yang diadakan semalam (2 Ogos), Saw Teong Hin berkata,

“Filem ini adalah projek yang paling mencabar saya pernah terlibat dan paling menggembirakan apabila melihat semua rakyat Malaysia bersama-sama mengerjakannya.”

Untuk lebih banyak info, korang boleh je check out Instagram filem ni sementara tunggu tayangan pada 13 September nanti! 

Baca: 8 Filem Berunsur Politik Yang Korang Boleh Tonton Menjelang PRU14

Politik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.