in

8 Filem Berunsur Politik Yang Korang Boleh Tonton Menjelang PRU14

Filem Politik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Makin dekat dengan tarikh Pilihan Raya Umum ke 14, makin terasa bahang hari yang dikatakan ‘Mother of All Elections’ kat Malaysia ni. Persaingan sengit antara team kerajaan dan team pembangkang dikatakan makin memuncak bila masing-masing dah sering keluarkan macam-macam kenyataan kat media sosial.

Untuk hangatkan lagi suasana dan supaya korang get the feels pilihan raya pada hari Rabu ini, kami senaraikan 8 filem yang korang boleh tonton menjelang PRU14 nanti. Barulah feeling-feeling election kan! 


 

1. The Manchurian Candidate (2004) 

Mv5Bzdu2Yja4Mmitodk0Os00Otlllwfmnzutmtg2Zmm3Ywyzogfmxkeyxkfqcgdeqxvynju0Otq0Oty@. V1 Sy1000 Cr006981000 Al
sumber: imdb

Filem yang berdasarkan sebuah novel 1959 dengan tajuk yang sama ini pernah jugak ditayangkan tahun 1962 dan kemudian dibuat remake semula pada tahun 2004. Ia mengisahkan seorang askar lakonan Denzel Washington yang baru balik dari Perang Teluk. Dia mula rasa was-was dengan rakan seperjuangannya, Sarjan Raymond Shaw lepas kawan dia ni jadi calon Timbalan Presiden Amerika. Shaw adalah anak kepada Senator Eleanor yang sangat berkuasa dan tanpa disangka askar ni terjumpa pulak satu cip diimplan kat belakang tengkuknya yang bakal reveal rahsia sebenar kepada satu skandal. Nak tahu skandal apa? Haa kenalah tengok!

 

2. Lincoln (2012)

Mv5Bmtqznzczmduynv5Bml5Banbnxkftztcwnjm2Odezoa@@. V1 Sy1000 Cr006751000 Al
sumber: imdb

Sebuah filem biografi mengenai Presiden Amerika, Abraham Lincoln yang berusaha untuk menamatkan Perang Saudara 1865. Perang tersebut telah meragut banyak nyawa dan menjadi sebab kenapa Lincoln cuba untuk hapuskan sistem perhambaan. Watak Lincoln yang dilakonkan Daniel Day Lewis ni dikatakan sangat terkesan sehingga filem ni berjaya dapat 80% undian penonton di Rotten Tomatoes. Nak tengok perjuangan sebenar seorang pemimpin? Bolehlah tonton Lincoln.

 

3. The Ides of March (2011)

sumber: imdb

Filem political drama yang diarahkan oleh pelakon dan juga pengarah George Clooney ini mengenai pilihan raya parti Demokratik di Ohio yang mempertandingkan dua calon iaitu Governor Mike Morris dan Senator Pullman. Namun demi memenangi pilihan raya ni, salah seorang daripada calon sanggup gunakan taktir kotor yang mampu merosakkan peribadinya sebagai seorang yang SANGAT berintegriti. Hati-hati bermain api dalam politik! 

 

4. Gandhi (1982)

sumber: imdb

Kalau tak ada yang buat kisah pasal Gandhi, bapa kemerdekaan India ni memang tak sah kan? Filem yang berlatarkan zaman penjajahan British ke atas India ni mengisahkan kehidupan Gandhi pada kemunculannya dalam arena politik sehinggalah hari-hari terakhirnya sebelum ditembak mati dalam konspirasi pembunuhan. Filem penuh drama dan inspirasi ini telah memenangi pelbagai anugerah termasuk 55th Academy Awards 1983. Ia sebuah filem klasik yang must watch untuk semua!

 

5. V for Vendetta (2005)

Mv5Byzllmjjkodatyjmwmi00Ymnhlwfhyzatzjzjodg5Yzewoguwxkeyxkfqcgdeqxvynju0Otq0Oty@. V1 Sy999 Cr00679999 Al
sumber: imdb

Topeng-topeng Vendetta dalam filem ni agak femes kalau nak dibanding dengan filemnya yang memang berkait rapat tentang politik dan penipuan pemimpin yang bertopeng wajah baik. Ia mengisahkan keadaan dunia ketika berhadapan dengan perang dunia, yang mana London kini telah dikawal oleh sebuah kerajaan yang fasis. Seorang superhero bernama V terpaksa guna kekerasan ala terrorist untuk lawan kerajaan demi tumbangkan pemerintah yang ada kini. Filem ni agak controversial dan dikatakan ada beberapa scene menghina Islam. Jadi tontonlah dengan hati yang terbuka.

 

6. The Queen (2006)

sumber: imdb

Masih ingat akan Puteri Diana? Apa agaknya yang dilakukan oleh kerajaan Britain sebaik sahaja mendapat berita tentang kematian puteri yang disayangi rakyat ni? Filem yang dilakokan otai Helen Mirren ini mengisahkan tentang konflik yang dialami Perdana Menteri Britain, Tony Blair dan keluarga diraja Britain dalam menangani kemarahan rakyat selepas kematian Diana. Tony pada masa yang sama kena pujuk Queen Elizabeth untuk beri penghormatan terakhir pada Diana demi untuk pulihkan balik imej keluarga diraja Britain. Filem ni dapat Top 10 list US critics sebagai antara 10 filem terbaik tahun 2006.

 

7. The Iron Lady (2011) 

Mv5Bodeznduymde3Nf5Bml5Banbnxkftztcwmtgzotg3Ng@@. V1
sumber: imdb

Kalau di Malaysia kita ada ikon wanita besi macam Tan Sri Rafidah Aziz, tapi di Britain mereka ada Margaret Thatcher iaitu Perdana Menteri wanita pertama dan yang paling lama memerintah di UK. Basically macam filem biografi yang lain, filem ni mengisahkan liku-liku kehidupan Thatcher lakonan Meryl Streep daripada jadi seorang pembantu kedai yang suka dengar speech pasal politik sampailah dia menang pilihan raya 1979 jadi Perdana Menteri Britain. Meskipun filem ni dapat banyak kritikan, tapi lakonan Streep memang A class!

 

8. The Post (2017)

 

sumber: imdb

Dalam zaman internet dan media sosial, kita kadang-kadang tak tahu nak nilai berita mana betul dan berita mana yang salah. Namun akhbar The New York Times di US ni sanggup ambil cabaran dan risiko demi bongkarkan rahsia kerajaan yang melibatkan 4 presiden dalam tempoh 3 dekad. Fuh! Pasukan editorial yang berani ni dah tak kisah dah kalau karier mereka berkubur atau kena tangkap, asalkan kisah yang benar dapat dibongkarkan kepada umum. Filem ini memenangi kategori Top 10 Films New York Films Critics Online.

Ada lagi antara filem ni yang korang belum tengok? Jom marathon filem-filem ni pada hari Rabu nanti sementara menunggu keputusan PRU14. 

Baca: Korang Minat Bollywood? Ini 10 Filem Underrated Yang Korang Mesti Tengok Sekali Seumur Hidup! 

Bolly

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.