Remaja Tunggang Motor Tanpa Lesen, Bila Ditahan Polis Takut Sampai Terkencing Dalam Seluar

Tambah ke Sumber Pilihan
Remaja Tunggang Motor Tanpa Lesen, Bila Ditahan Polis Takut Sampai Terkencing Dalam Seluar

Ramai remaja yang suka sangat tunggang motosikal tanpa lesan terutamanya kalau kat kawasan kampung ataupun pedalaman. Ingatkan kat Malaysia je ramai remaja bawah umur suka tunggang motor takde lesen, rupa-rupanya kat negara seberang pun sama jugak.

Menurut Coconuts, seorang remaja bawah umur di Indonesia ni akhirnya berjaya ditangkap polis masa duk syok-syok tunggang motor takde lesen tanpa rasa bersalah.


Ococ
Sumber: Instagram

Suka hati je tunggang motosikal takde lesen, tapi tahu pun takut bila dah kena tangkap dengan polis. Sampai terkencing dalam seluar tau! Dah la seluar basah dengan air kencing, polis tangkap pulak gambar dia and post kat Instagram. Malunya!

Bukan saja-saja muat naik nak malukan budak tu, polis kata nak bagi pengajaran kat orang lain supaya tak suka hati bawak kenderaan kalau takde lesen. Dah cukup baik tau polis tu siap tutup lagi muka remaja tu dengan emoji muka sedih.

Soijsoi
Sumber: Instagram

Dalam caption kat gambar tu, pihak polis memaklumkan yang remaja lelaki penunggang motor tu rupa-rupanya seorang pelajar sekolah menengah. Tapi polis tak tahu lah dia memang betul-betul nak terkencing time tu ataupun terkencing sebab terlampau takut dapat saman. Yang pasti seluar dia dah lencun dengan air kencing sendiri.

Polis tu juga mengingatkan remaja-remaja bawah umur ni supaya tak payahlah bawak motor kalau takde lesen. Lebih baik naik pengangkutan awam je kalau ibu bapa tak boleh tolong hantarkan. Tambang pun murah, tak payah risau harga minyak naik ke apa.

Sumber: Instagram

Nak gelak pun ada tengok remaja ni, tapi kesian pun ada. So jangan la cari pasal naik motor or kereta takde lesen ye!

Baca: Remaja Kantoi Curi Motosikal Lepas Tertinggal Kad Pengenalan Dalam Raga!

Kad

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Asma' Razak
Lagi tulisan Asma'
Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Remaja Tunggang Motor Tanpa Lesen, Bila Ditahan Polis Takut Sampai Terkencing Dalam Seluar
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/remaja-tunggang-motor-tanpa-lesen-bila-ditahan-polis-takut-sampai-terkencing-dalam-seluar/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM