in

Remaja Ditemui Maut Terjatuh Bangunan di Stesen KL Sentral, Telefon Bimbit dan Dompet Tidak Dijumpai

Mati 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sayangnya apabila seseorang itu mati di usia yang muda, lebih-lebih lagi dengan cara yang tragis.


Seorang lelaki ditemui mati pagi semalam di stesen KL Sentral dan dipercayai mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala kerana terjatuh.

Mati1
sumber: seehua

Menurut World of Buzz, lelaki tersebut dikenali sebagai Wu Jia Liang berusia 20 tahun dan insiden itu berlaku kira-kira jam 1 pagi. Menurut ibunya, Li Bao En, 39, anak lelakinya itu merupakan seorang staf di sebuah kedai telefon bimbit di pusat membeli belah Nu Sentral dan selalunya habis waktu bekerja jam 5 petang setiap hari.

Mereka berdua dikatakan tidak tinggal bersama dan lelaki itu akan pulang ke rumahnya di Wangsa Maju selepas seharian bekerja. Lebih menyedihkannya lagi, lelaki itu mati sebulan sebelum hari jadinya yang ke-21.

Mati2
sumber: hungrygowhere

Ketika tragedi itu berlaku, perkhidmatan tren telah pun tamat dan pihak polis masih menyiasat mengapa si mati berada di tempat itu pada waktu berkenaan dan punca dia terjatuh. Pihak polis turut mendapati bahawa telefon bimbit dan dompet si mati tiada bersamanya.

Terdapat spekulasi mengatakan Wu telah jatuh dari tempat yang tidak mempunyai penghadang, di mana ketinggian adalah sekitar tahap dadanya. Polis pada mulanya mengesyaki Wu terlebih mabuk tetapi ibunya tidak percaya dan berkata bahawa anaknya seorang yang sangat berkelakuan baik, taat dan jarang keluar pada waktu malam.

Mati3
sumber: the rakyat post

Wanita itu turut memohon jika ada saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan. Sementara itu, pihak polis mengklasifikasikan insiden itu sebagai kematian mengejut tetapi akan terus menjalankan siasatan lebih mendalam untuk mengenal pasti punca kematian Wu.

Semoga pihak polis dapat kenal pasti punca kematiannya dengan cepat. Kesian mak si mati terima berita mengejut kematian anak…

Baca: Kerana Tertinggal Kunci Bilik, Pelajar UniMAP Maut Jatuh Dari Tingkat Tujuh Bangunan

Maut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.