Remaja 19 Tahun Bunuh Ah Long Kerana Tertekan Tak Mampu Bayar Hutang

Tambah ke Sumber Pilihan
Remaja 19 Tahun Bunuh Ah Long Kerana Tertekan Tak Mampu Bayar Hutang

Masalah ekonomi yang merudum dan kekangan kewangan yang dialami masyarakat masa kini telah memaksa sesetengah daripada individu untuk berhutang. Kalau berhutang dengan saluran yang betul seperti membuat pinjaman bank dan lain-lain itu tak apalah. Tapi kalau sampai sudah berhutang dengan ah long… ini masalah serius!

Menurut Berita Harian, akibat tertekan diburu ah long kerana gagal menjelaskan hutang-hutangnya, seorang lelaki telah bertindak gila dengan membunuh pengutip hutang tersebut pada 4 Disember lalu.


Bunuh 1
Sumber: BH

Dalam kejadian yang berlaku di kawasan Taman Arked, Sungai Petani, Kedah, Muhammad Amirul Khairol Nizam yang baru berusia 19 tahun telah menikam mangsa sehingga mati antara jam 2.30 hingga 3.30 petang.

Dia yang bekerja sebagai penjual ikan telah berhutang dengan mangsa, Liu Chee Wei, 25, sebanyak RM2,000 dan gagal menjelaskan hutangnya apabila terpaksa membayar amaun sebanyak RM26 sehari.

Semasa kejadian berlaku, mangsa dan suspek dikatakan sedang berbincang mengenai masalah pembayaran hutang tersebut sebelum mereka berdua bergelut dan suspek menikam mangsa di dada. Mayat Liu kemudian ditemui dengan kesan tikaman di lorong belakang kawasan perumahan Taman Arked.

Knife
Gambar hiasan

Manakala kenderaan mangsa pula telah ditemui berada di belakang semak iaitu beberapa kilometer dari tempat kejadian. Pun begitu, suspek kemudian memutuskan untuk menyerah diri dua hari selepas kejadian berlaku akibat sedar akan kesalahannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik.

Bunuh 2
Sumber: Kosmo

Tertuduh kini berhadapan dengan dakwaan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati mandatori. Muhammad Amirul juga tidak dibenarkan diikat jamin oleh mahkamah dan laporan bedah siasat serta kimia akan diserahkan pada 21 Februari tahun hadapan.

Elakkanlah daripada berhutang dengan ah long. Tak pasal-pasal terjebak dalam jenayah seperti ini.

Nota: Gambar kiri di atas sekadar ilustrasi

Baca: Lelaki Bunuh 3 Anak Sebelum Gantung Diri Kerana Tertekan Dengan Masalah Kewangan

Mati

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Remaja 19 Tahun Bunuh Ah Long Kerana Tertekan Tak Mampu Bayar Hutang
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/remaja-19-tahun-bunuh-ah-long-kerana-tertekan-tak-mampu-bayar-hutang/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM