Penderaan seksual terhadap wanita semakin menjadi-jadi sejak akhir ini. Individu yang sering menjadi mangsa adalah remaja di bawah umur kerana masih lugu dan tidak memahami apa-apa.
Pihak polis kini sedang memburu sepasang suami isteri atas pertuduhan memperkosa dan memukul remaja perempuan berusia 16 tahun, lapor Malaysian Digest.
Dalam kejadian yang berlaku di Bandar Teknologi, Kajang pada Julai lalu, mangsa yang tidak lagi bersekolah bersama teman lelakinya telah bekerja di sebuah kedai besi buruk kepunyaan seorang lelaki dan isterinya.
Ketika bekerja bersama suspek, mangsa dan teman lelakinya mendakwa sering dipukul dengan menggunakan kayu, paip, besi, pengangkut baju dan tangan oleh suspek serta isterinya jika mereka tidak melakukan kerja dengan baik. Kejamnya!
Malah tidak cukup dengan itu, mangsa juga telah diperkosa oleh suspek dan dipaksa untuk menjilat kemaluan isterinya. Gila ke apa ni?? Geli euww!
Tidak tahan diperlakukan seperti binatang, teman lelaki mangsa berjaya melarikan diri daripada terus tinggal di rumah suspek pada September lalu. Manakala mangsa pula akhirnya dapat melarikan diri pada 3 Oktober lalu selepas mendapat bantuan dari seorang kenalan lelaki. Phew!
Susulan itu, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan dan laporan polis dibuat ke atas majikan mangsa dan isterinya kelmarin.
Hasil pemeriksaan doktor mendapati mangsa mempunyai beberapa kesan koyakan lama pada kemaluan dan terdapat juga beberapa kesan parut dan luka di badannya akibat dipukul suspek.
Buat masa ini, pasangan suami isteri itu masih dalam buruan polis dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 376/324 Kanun Keseksaan.
Kejamnya! Sampai hati perlakukan pekerja dan remaja bawah umur sebegitu. Semoga suspek ditangkap polis secepat mungkin.
Baca: Majikan Kejam Kurung 11 Pekerja Dalam Bilik Kecil di Kuching Selama 3 Tahun Tanpa Gaji