in

Rani Kulup Mahu Cukupkan Kuota Beristeri Empat, Kini Sedang Mencari Calon

Rani Kulup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rani Kulup atau lebih mesra dipanggil ayah pernah menjadi bualan ramai selepas dia ‘melamar’ peguam, Siti Kasim dan jutawan kosmetik Datuk Vida untuk dijadikan isteri sebelum ini.


Lebih menarik perhatian ramai, kedua-dua mereka dikatakan menolak lamarannya dan menganggap ianya satu publisiti murahan.

Kulup1
sumber: malay mail

Siti menganggap Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah Malaysia itu hanya bergurau manakala Datuk Vida pula menyifatkan raja repot itu bukanlah lelaki pilihannya.

Siti
sumber: malay mail

“Jangan cari publisiti murahan. Bawa kepada saya lelaki yang kaya, mata kelabu, muda dan kacak. Seseorang yang boleh majukan perniagaan saya ke arah trillion ringgit. Itu baru boleh,” kata Datuk Vida.

Dahsyat taste datuk Vida ni ye.. Hehe

Vida 1
sumber: malay mail

Terbaru, Rani Kulup dalam satu kenyataan berkata, meskipun ‘lamarannya’ pernah ditolak, perkara itu tidak mematahkan semangat malah mengakui sedang mencari calon yang sesuai.

“Ada lagi ayah akan usik. Masih dalam pemerhatian ayah. Nasiblah siapa yang kena. Ayah akan usik lagi mereka untuk menjadi teman hidup ayah.  

“Calon belum boleh diumumkan lagi. Tunggu masanya. Insya Allah ayah akan beritahu.”

Menurut pelakon filem Kipidap Selamatkan Hari Jadi itu, walaupun sudah beristeri dua, dia tetap mempunyai hasrat untuk memenuhkan kuota yang dibenarkan Islam.

Isteri
sumber: omm

“Saya mahu cukupkan. Sebagai seorang lelaki Melayu Islam, kalau boleh empat. Keistimewaan orang Islam, lelaki boleh berkahwin empat.  

Rani Kulup juga mengakui sukakan wanita yang lemah lembut, memahami, membelai dan penuh dengan kasih sayang.

“Ayah tidak mahu wanita yang garang dan banyak mulut. Ayah mahu wanita yang romantik.”

Haaa, ada yang sudi jadi isteri ayah? Bagilah dia kesempatan nak beristeri empat. Tapi jangan garang-garang tau, ayah tak suka. Huhu.

Baca: “Ayah boleh menjadi suami yang baik.” – Rani Kulup Luah Hasrat Mahu Memperisterikan Dato’ Vida

Rani Vida

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.