Ramai Terpesona Dengan Kecantikan Ibu Lelaki Ini, Korang Mesti Tak Percaya Umur Dia!

Tambah ke Sumber Pilihan
Ramai Terpesona Dengan Kecantikan Ibu Lelaki Ini, Korang Mesti Tak Percaya Umur Dia!

Orang perempuan ni bila umur dah meningkat, tambah-tambah kalau dah ada anak, memang susah nak maintain bentuk badan. Tapi baru-baru ni kecoh kat media sosial pasal seorang wanita yang layak dipanggil hot mama sebab body yang cantik dan awet muda walaupun dah berusia.

Nampak je bentuk badan dia yang cantik dan muka dia yang awet muda tu, korang confirm terkejut punya bila dengar umur dia berapa!


Bentuk badan dan wajah lebih muda dari usia

Wanita dikenali sebagai Liu Yelin jadi perhatian dunia lepas satu gambar dia kat Tasik Baikal tular di media sosial. Bila tengok wajah dan bentuk badan dia, memang ramai tak percaya yang Liu ni dah umur 50 tahun!

Disebabkan rupa paras dan bentuk tubuh macam tu, ramai yang salah sangka bila Liu berjalan-jalan dengan anak dia.

Nampak macam pasangan kekasih dengan anaknya

Anak lelaki Liu bernama Xie Yixuan ni dah umur 23 tahun. Jadi bila jalan dengan mak dia yang hot ni, ramai la ingat dia jalan dengan girlfriend. Padahal sebenarnya mak dia.

Benda yang sama actually jadi kat Liu sebab setiap kali dia jalan-jalan dengan Xie, orang akan ingat tu boyfriend dia. Kecantikan Liu yang tak dimamah usia ni diakui sendiri oleh anak dia.

“Ibu saya sentiasa cantik. Ketika masih muda, dia dianggap gadis paling cantik kat sekolah. Apa yang dapat saya kata, walaupun masa berlalu, dia semakin cantik,” kata Xie.

Suka bersenam petua anti-penuaan paling penting

Ni antara benda yang wajib Liu buat dalam hidup. Katanya senaman ni part paling penting dalam usaha anti-penuaan. Liu mula berenang sejak 30 tahun lalu dan sekarang dia still amalkan hampir setiap hari.

Liu juga ada buat senaman angkat berat setiap hari, amalkan yoga dan berenang dalam air sejuk beberapa jam sehari tanpa mengira musim.

Impian Liu adalah untuk nampak cantik menarik walaupun dah umur 80 tahun nanti. Wow! Semoga kita semua boleh amalkan gaya hidup lebih sihat dan jadikan Liu sebagai inspirasi. Hmm admin nak keluar jogging lah hujung minggu ni….

Baca: Wanita Disangka Pelajar Universiti Ini Sebenarnya Berusia 40 Tahun!

Wpwo

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Asma' Razak
Lagi tulisan Asma'
Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Ramai Terpesona Dengan Kecantikan Ibu Lelaki Ini, Korang Mesti Tak Percaya Umur Dia!
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/ramai-terpesona-dengan-kecantikan-ibu-lelaki-ini-korang-mesti-tak-percaya-umur-dia/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM