in

Wanita Disangka Pelajar Universiti Ini Sebenarnya Berusia 40 Tahun!

Page 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pereka dalaman dari Taiwan bernama Lure Hsu ini menjadi perhatian ramai di media sosial baru-baru ini. Sekali imbas Lure yang sememangnya bergaya kelihatan seperti seorang remaja yang baru meningkat usia, tetapi selepas mendapat tahu umurnya yang sebenar, ramai orang ternyata tidak percaya!

L9
sumber: facebook
L11
sumber: facebook

Lure bakal menyambut hari kelahirannya yang ke-42 pada bulan Ogos ini tetapi semua setuju jika saya perkatakan di sini bahawa, dia nampak seperti pelajar universiti. Awet muda!


Menurut Daily Mail, Lure mula mendapat perhatian di internet selepas dia muncul di rancangan hiburan pada tahun 2015 bersama adiknya, Sharon Hsu, 35, yang juga seorang pelakon.

Ternyata, ‘rupa paras muda daripada usia’ ini dimiliki keluarganya. Adiknya yang berusia 39 tahun dan telah mempunyai dua anak juga turut kelihatan seperti pelajar universiti. Apa rahsia dorang ni?

L5
sumber: facebook
L7
sumber: facebook
L3
sumber: facebook
L4
sumber: facebook

Sharon mendedahkan umur kakaknya apabila dia memuat naik ucapan hari lahir ke-40 wanita itu di Facebook pada tahun 2015. Pada ketika itulah, peminatnya terkejut dan mula follow Lure di akaun media sosialnya. Laju je kan bila bab macam ni!

Lure turut mendapat perhatian dari media tempatan China dan Taiwan selepas mereka kongsi gambarnya di internet. Sejak itu mereka mula menggelarnya ‘dewi yang tidak berganjak usia’ dan popularitinya melonjak dalam sekelip mata.

L12
sumber: facebook
L13
sumber: facebook

Menurut Nextshark, rahsia mengekalkan awet muda yang diamalkannya untuk bebas kedutan dan memiliki rupa paras menawan adalah dengan menjaga pemakanan yang sihat termasuk minum air masak dan makan sayur dengan banyak. Menurut Lure, dia yakin bahawa dia akan kelihatan muda jika badannya kekal terhidrasi.

Wanita ini turut elak meminum air yang manis dan hanya minum secawan kopi setiap pagi selain daripada minum air yang banyak.

L0
sumber: facebook
L
sumber: facebook

Lure turut memberitahu bahawa dia mengambil suplemen seperti Vitamin C dan kolagen untuk mengekalkan kejelitaan wajahnya dan kerap menggunakan krim pelindung UV dan krim pelembap.

Jika kulit anda mendapat air yang secukupnya, anda tidak perlu risau tentang muka berkedut dan berusia”.

Siapa taknak awet muda kan? So, amalkan tips dari wanita ini jom!

Baca: ‘Wanita’ Ini Adalah Lelaki Paling Cantik di Thailand

Lelaki 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.