in

“Ramai tak pakai mask, tak jaga social distance” – Usain Bolt Positif Covid-19 Seminggu Lepas Buat ‘Birthday Party’

Usain Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelari terpantas dunia, Usain Bolt disahkan positif Covid-19 seminggu selepas dia mengadakan parti sambutan hari jadinya yang ke-34, lapor The Guardian.


 

Tidak mengalami gejala

Melalui Twitter, pemegang rekod dunia acara pecut 100m dan 200m itu memuat naik sebuah video untuk memaklumkan perkembangan terkini tentangnya.

“Saya lakukan ujian pada hari Sabtu. Saya cuba untuk menjadi seseorang yang bertanggungjawab jadi saya akan duduk rumah demi (kesihatan) kawan-kawan saya.”

“Saya tak alami apa-apa simptom jadi saya akan jalani kuarantin kendiri dan tunggu pengesahan tentang protokol.”

“Sesiapa yang ada kontak dengan saya juga patut lakukan kuarantin kendiri demi keselamatan.”

Bolt telah menjalani ujian saringan Covid-19 sehari selepas sambutan hari jadinya itu dan difahamkan, Usain yang pernah memenangi 8 pingat emas Olimpik tidak mengalami sebarang geala, termasuklah masalah pernafasan.

 

Ramai tak pakai mask, tak jaga social distance

Menurut laporan, kebanyakan tetamu yang hadir ke parti hari jadinya itu tidak memakai pelitup muka serta tidak menjaga penjarakan sosial masing-masing.

Party Usain

Beberapa bintang sukan lain dikatakan kini dicari oleh pihak perubatan di sana selepas mereka dilihat hadir ke majlis hari jadi Usain Bolt. Antaranya adalah pemain bola sepak England, Raheem Sterling, pemain kriket Chris Gayle dan Leon Bailey, pemain kelab bola sepak Bayer Leverkusen.

Raheem

Chris

Leon

Boleh pula nak berparti time Covid ni kannnn!

Baca: “Ni selsema biasa je!” – Lepas Buat Video Live, Penyanyi ‘Say So’ Positif Covid-19

Doja4

Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.