in

“Ni selsema biasa je!” – Lepas Buat Video Live, Penyanyi ‘Say So’ Positif Covid-19

Doja4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedang mengukir nama dalam industri hiburan antarabangsa menerusi lagu hit ‘Say So’ yang kini menjadi siulan anak-anak muda di seluruh dunia ini, penyanyi rap, Doja Cat telah menjadi tumpuan orang ramai apabila dirinya kini positif Covid-19.

Bukan satu-satunya selebriti yang terkena jangkitan wabak tersebut, dirinya menjadi perhatian warganet apabila kenyataannya menerusi IG live sebelum ini yang dilihat seolah-olah memperlekehkan pasal virus tersebut.


 

Aku tak takut langsung dengan Coronavirus tu”

Menerusi Cosmopolitan, ia mula didedahkan apabila Doja mengaku dirinya dijangkiti virus tesebut ketika sesi temu ramah dengan stesen radio luar negara Capital Xtra.

Dia difahamkan terkena jangkitan Covid-19 tu ketika memesan makanan menerusi sebuah aplikasi.

“Saya kena Covid, sejujurnya saya tak tahu macam mana ia boleh terjadi tapi saya ada tempah sesuatu dari Postmates dan tahu-tahu je saya kena”

Bagaimanapun dia sudah sembuh dan kini, berikutan dengan pendedahannya ini ramai yang mengimbas kembali kenyataannya ketika IG Live pada bulan Mac lepas.

Katanya, dia langsung tak takut pasal virus tersebut, ketika sesi live itu, Doja dilihat mengalami selsema.

Dia juga mendakwa itu hanya sekadar selsema biasa dan hanya perlu jaga kesihatan sahaja. Bagaimanapun, pada waktu itu ia tidak menjadi terlalu kontroversi kerana Doja Cat dikatakan sering kali terpalit dengan isu-isu yang lebih besar di negara tersebut.

 

Baca : “Tengok seronok je buat live” – Penyanyi Pink Cerita ‘Keperitan’ Tengok Anak Kena Covid-19 Tapi Peminat Tak Percaya?

Pnk

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.