in

Rakan Jho Low Akan Mengaku Salah Kes 1MDB?

Page 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai sebenarnya yang sedang nantikan bila kes 1MDB ni akan dirungkai. Seperti semua sedia maklum, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut terpalit dengan skandal ini.


Bukan itu sahaja, Jho Low juga kini dalam buruan polis untuk kes yang sama. Walau bagaimanapun, menurut WORLD OF BUZZ, bekas eksekutif tinggi dari Goldman Sachs, Tim Leissner mungkin akan mengaku bersalah untuk tuduhan yang berkaitan dengan skandal 1MDB tak lama lagi.

T 2
sumber: wob

Kalau korang nak tahu, Goldman Sachs Group Inc adalah sebuah bank pelaburan multinasional Amerika Syarikat dan syarikat perkhidmatan kewangan yang beribu pejabat di New York.

Dikatakan Leissner kini sedang membuat perjanjian dengan pendakwa yang akan membawa kepada kerjasamanya dengan pihak berkuasa dalam penyiasatan 1MDB dan Goldman.

Gd
sumber: cnbc

Dia dilaporkan digantung oleh pihak bank kerana hal lain yang tidak ada kena mengena dengan skandal tersebut. Namun, kemudian dia telah didapati mungkin terlibat dalam aktiviti lain yang mencurigakan.

Menurut Berita Harian, Leissner mungkin akan mengaku salah bagi dakwaan berkaitan pelanggaran Akta Amalan Rasuah Asing AS. Akta ini mengharamkan rasuah pegawai asing untuk mendapatkan atau mengekalkan perniagaan.

Leissner dilaporkan telah menjadi ketua perbankan pelaburan Goldman di Singapura pada tahun 2002, di mana beliau berurusan sebanyak berbilion dolar dengan 1MDB. Bukan itu sahaja, Leissner yang juga suami kepada Kimora Lee Simmons, dikatakan mempunyai hubungan dengan Jho Low!

T2
sumber: wob

Abang Jho Low juga pernah bekerja di Goldman Sachs di mana dia dilaporkan mendapat sebanyak USD 593 juta (kira-kira RM2.4 bilion) dengan tiga jualan bon yang membantu meningkatkan sebanyak USD 6.5 bilion (kira-kira RM26 bilion) untuk 1MDB pada tahun 2012 dan 2013.

Nampaknya kita tunggu je lah bila Leissner nak mengaku bersalah.

Baca: Rosmah ‘Dalang Utama’ Kes 1MDB

Page Rosmah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.