in

Rosmah ‘Dalang Utama’ Kes 1MDB

Page Rosmah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan orang utama yang disiasat dalam kes penyelewengan wang 1MDB tapi beliau dah berkali-kali menegaskan bahawa beliau tidak bersalah dalam hal ini.


Bukan tu je, Najib juga pernah mengatakan beliau langsung tak tahu dari mana datangnya sumber dana untuk membeli barang kemas, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

2Cb7 758X400 1
sumber: youtube

Terbaru, isteri bekas PM pula yang dijangka akan dituduh di mahkamah berhubung kes 1MDB, lapor Projek MM.

Menurut akhbar Wall Street Journal, Rosmah juga dikatakan merupakan penggerak utama melalui ahli perniagaan Low Taek Jho yang turut diburu bagi membantu siasatan berkenaan kes yang sama. Difahamkan Rosmah dan Jho Low kenal satu sama lain selama 10 tahun selain mempunyai rumah berdekatan di London.

R1
sumber: sarawak report

Selain itu, Jho Low yang memberi pelbagai hadiah mewah kepada Rosmah termasuk permata, beg tangan termasuk Hermes Birkin serta jam turut meyakinkan Rosmah bahawa dia mempunyai hubungan dengan keluarga kaya Timur Tengah sejak belajar Kolej Pengajian Perniagaan Wharton.

Dari situ, Rosmah memperkenalkan Low, yang juga kenalan dekat anaknya Riza Aziz, kepada Najib, yang didakwa akhbar itu memberi kelonggaran kepada dana 1MDB.

Menurut The Malaysian Insight, faktor utama yang menyebabkan korupsi kerajaan pimpinan Najib ialah ketaksuban Rosmah mengejar kemewahan. Dikatakan mereka yang rapat dengannya percaya keinginan Rosmah kepada harta kekayaan bermula ketika didedahkan dengan kemewahan ketika membesar bersama kumpulan elit negara, walaupun ibu dan bapanya hanyalah guru sekolah kelas pertengahan.

R2
sumber: blog

Sumber juga turut memberitahu akhbar berkenaan bahawa Rosmah lebih mengetahui tentang 1MDB berbanding Najib dan merupakan dalang utama tindakan bekas PM berhubung urusan 1MDB manakala sementara Najib hanya berminat mencari dana politik.

Uishh.. Patutlah Najib tak tau pape…

Baca: Najib Tak Tahu Sumber Dana Beli Barang Kemas Rosmah

Page Najib 758X399 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.