in

“Pulanglah ke rumah, Fifi” – Remaja Lari Dari Rumah Lepas Berselisih Faham Dengan Mak

Page Fifi 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Parents mana yang tak sayangkan anak. Apa je yang dilakukan adalah kerana mereka inginkan yang terbaik dan sayangkan mereka. Namun, kadang-kadang anak-anak yang muda remaja tak dapat nak faham niat sebenar ibu bapa.


Menurut Berita Harian, seorang bapa, Rizal Muny Riz, 37, merayu supaya anaknya pulang ke rumah selepas keluar dari rumah pada Sabtu lepas.

“Kami bimbang akan keselamatan kamu, pulanglah ke rumah Fifi.”

Fifi atau nama sebenar Nurfitri, 13, yang merupakan anak kedua daripada lima beradik tu dah menghilangkan diri lepas keluar bersama-sama rakan sekolahnya, Liana kira-kira jam 11 pagi. Malangnya, Liana, 13, juga dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar dengan Fifi pada hari tersebut.

Fifi2
sumber: nst

Difahamkan, sebelum keluar dari rumah, telah berlaku perselisihan faham antara Fifi dan ibunya yang telah menghalang anak remajanya itu keluar. Dia juga turut bertindak mengurungkan diri di dalam bilik selama beberapa minit sebelum Liana tiba di rumahnya.

“Rakannya memanggil Fifi sebelum dia keluar dengan tergesa-gesa tanpa membawa sebarang pakaian, wang tunai dan kad pengenalan.”

Ketika pulang dari tempat kerja, Rizal hanya anggap yang anaknya akan pulang pada waktu petang, tapi bila Fifi tak pulang jugak, dia hanya menyangka anaknya itu masih merajuk dan bermalam di rumah Liana.

“Saya bercadang mahu ke rumah keluarga Liana pada hari Ahad untuk memujuknya pulang.”

Tapi keesokan harinya, mereka dikunjungi ahli keluarga Liana yang turut mendakwa anak mereka juga tak pulang ke rumah dan mula bimbangkan keselamatan Fifi serta terus membuat laporan polis di Seksyen 8, Kota Damansara.

Fifi3
sumber: nst

Kalau berita kehilangan mereka dah pun memeranjatkan, parents Fifi menerima lagi satu tamparan bila dapat tahu yang anaknya dan Liana sudah tidak ke sekolah sejak hari Isnin yang lalu.

“Isteri saya tidak berhenti menangis kerana bimbangkan keselamatan dia selepas tidak pulang beberapa hari. Pulanglah Fifi, ayah dan ibu bimbang.”

Harap Fifi akan pulang ke rumah dan sesiapa yang ternampaknya dinasihatkan agar segera laporkan kepada pihak polis bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku kepadanya.

Harap semuanya baik-baik je.

Baca: Budak 5 Tahun Hilang Selepas Ditinggalkan Bapa Daalam Hutan Sebagai Denda

Haha 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.