Minggu lepas kecoh pasal kes Lan Pet Pet belasah dan tendang seorang pengawal keselamatan warga emas. Video rakaman kejadian jadi viral serta merta memandangkan status dia sebagai selebriti.
https://www.facebook.com/kosmo.online/videos/642416146204723/
Kejadian yang berlaku dekat Taman Acacia, Nilai pada Sabtu malam tu ternyata beri kesan terhadap Lan apabila dia dikutuk dan dimaki ramai netizen.
Bukan setakat tu, terbaru, sebuah agensi pelancongan maklumkan terpaksa tunda trip umrah bersama Lan Pet Pet. Menurut mStar, trip tu kena tunda gara-gara tak dapat sambutan ramai.
Nor Aishah Idris, pengarah agensi pelancongan Ambar Travel & Tours berkata keputusan tu dibuat lepas pelawak berusia 49 tahun tu gagal kumpul jumlah yang diperlukan mengikut perjanjian.
“Pakej umrah itu sebenarnya bergantung pada jumlah peserta yang berminat. Mengikut syarat perjanjian, Lan perlu mencari peserta sendiri.
“Tapi bila sampai masa, pihak kami dan Lan gagal mengumpul peserta menyebabkan pakej umrah yang dipromosikan di Instagram itu terpaksa ditunda ke tarikh lain.”
Posting promosi umrah yang Lan upload dekat Instagram tu jadi tempat serangan netizen yang tinggalkan bermacam jenis komen berbaur kecaman.
Malah ada yang minta pihak agensi batalkan semua kolaborasi mereka dengan Lan. Tapi menurut Aishah kerjasama agensi hanya bersifat sementara mengikut projek yang dah disetujui kedua belah pihak.
“Lan Pet Pet bukanlah duta yang dilantik untuk syarikat kami. Mengikut perjanjian dan beberapa syarat yang ditetapkan, sekiranya Lan berjaya melaksanakan trip tersebut, baru dia dilantik menjadi duta.”
Nampak tak kesan daripada tindakan yang terburu-buru? So, sebelum buat sesuatu fikirlah dulu ye… #pesananuntuksemua