in

Andalusia Sumbang 20 Pakej Umrah Buat Asnaf, Pemenang Bertuah Bawa Pulang Kereta Di Program JIMBA

Collage

Bukan sekadar meraikan pelanggan, program Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) yang berlangsung di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi baru-baru ini turut membawa khabar gembira buat golongan asnaf.

790412018 1259258162959406 2849768644502578457 N.png

Program yang dianjurkan oleh Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) pada 29 dan 30 Ogos lalu itu menyaksikan syarikat berkenaan mengumumkan sumbangan sebanyak 20 pakej umrah kepada golongan asnaf, selain memperuntukkan RM100,000 menerusi zakat wakalah.

20 asnaf bakal tunai umrah

789276023 1572920451200279 2449336549540674153 N.png

Pengumuman mengenai sumbangan 20 pakej umrah itu dibuat oleh Pengarah Urusan Andalusia, Haji Ibrahim Mat Sin ketika sesi Cabutan Hadiah JIMBA berlangsung.

Menurut laporan Refleks, pakej berkenaan akan diberikan kepada golongan asnaf yang berdaftar di sebuah masjid di Mukim Bangi dengan pihak masjid diberi tanggungjawab untuk mengenal pasti penerima yang benar-benar layak.

Antara syarat yang ditetapkan adalah penerima perlu berdaftar dengan masjid berkenaan dan belum pernah menunaikan ibadah umrah sebelum ini.

Difahamkan, penerbangan bagi kumpulan tersebut dijangka berlangsung pada 11 September ini.

Dalam masa sama, Andalusia turut memperuntukkan RM100,000 menerusi zakat wakalah untuk diagihkan kepada golongan asnaf yang berdaftar dengan masjid tersebut, dengan jumlah agihan bergantung kepada kelayakan setiap penerima.

Ada yang bawa pulang kereta!

Selain sumbangan kepada golongan asnaf, program JIMBA turut dimeriahkan dengan pelbagai cabutan hadiah untuk pengunjung.

Antara hadiah yang ditawarkan termasuk lima pakej pelancongan yang terdiri daripada dua pakej umrah transit Doha bernilai RM6,990 setiap satu, dua pakej umrah melalui Abu Dhabi bernilai RM8,390 setiap satu serta satu pakej ziarah Abu Dhabi dan Dubai bernilai RM9,990.

Namun, antara yang paling mencuri perhatian tentulah cabutan hadiah kereta.

Mohd Faizal Abd Wahid diumumkan sebagai pemenang sebuah Perodua Bezza bernilai RM51,900 selepas pemenang yang dipanggil sebelumnya gagal dihubungi.

792090202 1088769953614092 2062001386354734645 N.png

Seorang lagi pemenang, Ashraf Mustaqim Ahmad Zaini pula berjaya memenangi sebuah Proton Saga MC3. Menariknya, Ashraf dilaporkan berada di Johor Bahru ketika menerima panggilan yang membawa berita gembira tersebut.

Cabutan hadiah utama pada malam itu turut mencetuskan debaran apabila beberapa nama yang dipanggil gagal dihubungi.

Selepas tujuh nama tidak menjawab panggilan, Rosli Abdul dari Taiping, Perak akhirnya berjaya dihubungi kira-kira jam 11.30 malam sebelum diumumkan sebagai pemenang hadiah utama.

Rosli sebelum ini dilaporkan membeli pakej pelancongan ke Kanchanaburi dan Bangkok bernilai RM2,200.

Pelanggan masih ada peluang menang 5 lagi kereta

784226611 1423988226298353 3385793248085732398 N.png

Kalau korang rasa terlepas peluang, nampaknya masih belum terlambat sebab pelanggan Andalusia dikatakan masih berpeluang memenangi lima lagi kereta serta pelbagai hadiah lain menerusi cabutan akhir tahun.

Pelanggan hanya perlu membuat tempahan pakej bernilai sekurang-kurangnya RM500 sepanjang bulan-bulan terakhir tahun ini untuk berpeluang menyertai cabutan berkenaan.

Program JIMBA yang berlangsung selama dua hari itu dianjurkan sebagai tanda penghargaan Andalusia terhadap pelanggan, selain menjadi ruang untuk syarikat tersebut mendekati masyarakat setempat.

Wakil Andalusia, Mohamad Nor Hanafi Mohd Zain berkata setiap pelanggan bukan sekadar nombor tempahan, sebaliknya merupakan satu amanah yang perlu dilayan dengan penuh tanggungjawab, lebih-lebih lagi apabila perjalanan ke Tanah Suci mungkin menjadi pengalaman sekali seumur hidup bagi sesetengah individu.

Kini mempunyai 44 cawangan di seluruh negara, Andalusia turut menggunakan program seperti JIMBA untuk mengeratkan hubungan bersama jemaah dan komuniti setempat.

Program berkenaan kemudian ditutup dengan sambutan Hari Kebangsaan menerusi nyanyian lagu-lagu patriotik serta laungan “Merdeka”.

Sumber: Refleks