in

“Puasa sebelum ni, kalau balik dia suka makan macam-macam” – Ibu Bapa Muhammad Adib Sunyi, Ramadan Pertama Tanpa Anak

Adib Bomba

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagaikan tak terasa, sudah 5 bulan Muhammad Adib Mohd Kassim, 25, pergi meninggalkan kita. Mangsa yang meninggal dunia akibat kecederaan semasa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Seafield dekat Subang Jaya itu sangat dirindu keluarganya.


Menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018, Ramadan kali ini merupakan Ramadan pertama keluarganya tanpa Adib di sisi menemani.

Muhammad Adib Mohd.kassimadditionalfracturesadibsdjsjkfdf 1545175244
sumber: nst

 

“Masih rasa sunyi. Tetapi kena redalah” – Bapa Adib

Menurut mStar, bapa anggota bomba itu, Mohd Kassim Ab Rahim mengakui yang pemergian anaknya itu sangat mengejutkan dan tak mudah diterima. 

Bapa Adibb
sumber: mstar

Pun begitu, Mohd Kassim dilihat sebagai seorang bapa yang tabah dan seringkali cuba menyembunyikan kesedihannya di sebalik ketenangan yang terpancar di raut wajah.

“Masih rasa sunyi. Tetapi kena redalah.

“Banyak perkara seperti rasa lain. Bulan puasa sebelum ini, kalau balik dia suka makan macam-macam,” katanya yang memberitahu bahawa Adib seringkali pulang untuk berbuka puasa bersama keluarga.

Image
sumber: utusan

 

Ibu sebak, tak mampu berkongsi kisah mengenai anak

Berbeza dengan si bapa, ibu Allahyarham Adib, Asma Aziz masih tidak mampu berkongsi apa-apa kisah mengenai anaknya lagi kepada umum.

Masih sedih.” 

Image 1
sumber: kosmo

Itu sahajalah kata yang diberikan Asma bila ditanya mengenai anak lelakinya itu. Kes yang mendapat perhatian seluruh masyarakat di Malaysia ini masih berlangsung prosiding inkuesnya demi menentukan penyebab kepada kematian Adib.

Marilah kita sama-sama doakan semoga keluarga Allahyarham tabah dalam menghadapi dugaan yang menimpa ini. Al-Fatihah. 

Baca: Empat Suspek Pengganas Ditahan, Rancang Buat Serangan Balas Dendam Kematian Adib

Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.