Empat Suspek Pengganas Ditahan, Rancang Buat Serangan Balas Dendam Kematian Adib

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Empat lelaki yang disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas militan IS ditahan di sekitar Terengganu dan Lembah Klang. Menurut Bernama, mereka rancang untuk melakukan serangan pada bulan Ramadan termasuk membunuh beberapa orang individu berprofil tinggi serta menyerang rumah ibadat.

Sumber: The Star

Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata mereka mempunyai perancangan melancarkan operasi pembunuhan bagi menuntut keadilan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim. Adib terkorban dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya tahun lepas.

Sumber: Twitter

Kesemua suspek mengaku menganggotai sel “Wolf Pack” pengganas Daesh dan bersedia untuk melancarkan serangan di negara ini pada minggu pertama Ramadan.

Sel ini juga merancang untuk melakukan pembunuhan terhadap personaliti-personaliti berprofil tinggi yang dituduh tidak memperjuangkan dan menghina agama Islam.”

Selain itu, mereka juga merancang untuk melakukan serangan berskala besar terhadap tempat-tempat ibadat seperti agama Kristian, Hindu, Buddha dan pusat-pusat hiburan di sekitar Lembah Klang.”

Sumber: Twitter

Dalang perancangan ini merupakan rakyat tempatan dari Terengganu yang juga ketua sel “Wolf Pack” pengganas Daesh dan bekerja sebagai buruh binaan. Tangkapan itu juga membawa kepada rampasan sepucuk pistol jenis CZ 9mm bersama 15 butir peluru dan enam ‘improvised explosives deviced’ (IED) yang setiap satu berukuran lebih kurang 18cm panjang.

Suspek kedua merupakan warga Rohingya juga pemegang kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) dan bekerja sebagai pelayan restoran. Dia juga mengaku menganggotai kumpulan pengganas itu serta menyokong kumpulan pengganas Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA).

Suspek turut merancang untuk melancarkan serangan ke atas kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur dan berjihad di Rakhine.”

Sumber: Twitter

Pihak polis kini masih memburu 3 orang lagi suspek yang masih bebas. Dua suspek merupakan warganegara Malaysia, Syazani Mahzan, 21, dan Muhamad Nuurul Amin Azizan, 27, dari Kedah. Seorang lagi merupakan rakyat Indonesia Fatir Tir dan alamat terakhirnya dikenal pasti dekat Banting, Selangor.

Kalau korang kenal suspek atau ada apa apa informasi cepat cepat pergi balai polis atau hubungi ASP S. Manivanan, 017-3278435.

Baca: “Dia pakar forensik ke ahli nujum?” – Netizen Berang Keputusan Pakar Forensik Kata Adib Tak Dipukul

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!