in

PRU14: Korang Boleh Semak Daftar Pemilik Dengan Cara Mudah Ni!

Daftar 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kurang sebulan dari sekarang, rakyat Malaysia akan menjalankan tanggungjawab terhadap negara untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Tapi, hang pa dah check ka daerah dan pusat mengundi hang pa dekat mana?


Haa ni meh admin nak bagitau, korang dah boleh buat semakan daftar pemilih mulai hari ini. Penting tau ni!

Ini cara untuk korang semak:

1. Melalui website SPR

Undi 1 1
sumber: spr

Lepas dah bukak website tu, terus je masukkan nombor kad pengenalan korang dan tekan semak! Tekan link ni: https://pengundi.spr.gov.my

Nanti akan keluar semua maklumat yang korang perlu ambil tahu macam ni:

Undi 3

 

2. Melalui aplikasi MySPR Semak 

Undi App
sumber: berita harian

Sekarang ni senang je, semua di hujung jari. Korang boleh download app ni dekat Apple App Store atau Google Play. Jangan risau, app ni free je tak perlu bayar!

Bukan setakat boleh check daerah mengundi, korang boleh check jugak nama calon bertanding untuk PRU (Calon DUN dan Parlimen).

 

3. Melalui panggilan

Haa ni paling senang sekali. Korang call je talian 03-8892 7018 atau boleh hubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri. Jangan lupa topup plak!

 

4. Melalui SMS

Selain call, korang boleh hantar mesej. Macam ni cara dia:

  1. Taip SPR <jarak> SEMAK <jarak> NO IC (Contoh: 920818146616) dan hantar ke 15888
  2. Taip SPR <jarak> NO IC (Contoh: 920818146616) dan hantar ke 15888
Undi Sms
sumber: berita harian

Menurut Berita Harian, SPR kata, kalau semakan dah dibuat dan pemilih dah tahu tentang maklumat Pusat Mengundi serta Tempat Mengundi (saluran), so dah tak perlu buat semakan di kaunter SPR di Pusat Mengundi pada hari mengundi.

Haa tunggu apa lagi, pi check sekarang!

Baca: KJ Beri Peringatan Jangan Bagi Alasan Untuk Tak Mengundi Walaupun PRU Jatuh Hari Bekerja

Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.