in

KJ Beri Peringatan Jangan Bagi Alasan Untuk Tak Mengundi Walaupun PRU Jatuh Hari Bekerja

Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua dah sedia maklum yang PRU14 akan diadakan pada 9 Mei 2018 nanti. Disebabkan tarikh mengundi tu akan jatuh pada hari bekerja, ramai la duk bising apesal la buat hari bekerja. Kesian kat rakyat yang bekerja jauh dari kampung halaman nak balik mengundi nanti.


Tapi Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin awal-awal lagi dah pesan kat kita semua yang tarikh PRU hari bekerja tu bukan alasan untuk tak pergi keluar mengundi nanti, lapor Malaysian Digest.

5 7
sumber: malaysian access

Yang terpaksa balik kampung untuk keluar mengundi pun tak payah nak reka alasan macam-macam sebab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dah beri tempoh yang secukupnya.

“Walaupun mengundi pada hari Rabu, namun ia pernah berlaku sebelum ini. Saya harap pengundi faham tanggungjawab mereka kerana telah diberi notis sebulan,” kata KJ dalam satu sidang akhbar selepas melancarkan manifesto Pemuda BN di ibu negara semalam.

Kaskd
sumber: malaysian digest

Menurut Berita Harian, tiga daripada lima pilihan raya di zaman pentadbiran Dr. Mahathir Mohamad dahulu tidak diadakan pada hari minggu. So benda ni memang bukan benda baru la kat negara kita actually.

“Jadi seharusnya semua boleh mengundi. Jika terikat dengan kerja, mereka perlu mengingatkan majikan mereka mengenai undang-undang untuk memberi pelepasan untuk mengundi,” kata KJ lagi.

Ajsdqsd
sumber: malaysiakini

Jadi kalau majikan buat-buat tak ingat dan tak benarkan korang keluar mengundi, jangan lupa ingatkan dorang pasal ni dan mention sekali majikan boleh kena denda kalau tak kasi pekerja pergi mengundi.

Baca: TERKINI: PRU14 Akan Diadakan Pada 9 Mei

Undi 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.