in

Presiden Brazil Sah Tolak Vaksin Covid-19, Guna Alasan Ada Imunisasi Semula Jadi Sebab Pernah Dijangkiti

3Brazil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam usaha menamatkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia, banyak negara yang memilih vaksin untuk diberikan kepada rakyatnya. Namun, ada seorang presiden dari negera Amerika Selatan memilih untuk tidak divaksin.



Presiden Brazil, Jair Bolsonaro mengesahkan beliau tidak akan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Screenshot 2021 10 17 At 12.02.32 Pm
Sumber: google image

Saya sudah memutuskan untuk tidak mendapatkan vaksinasi. Saya sedang meneliti kajian terbaharu. Saya juga sudah menerima imuninasi semula jadi selepas dijangkiti, jadi mengapa saya perlu divaksin?

Menurut laporan Astro Awani, Bolsorano sebelum ini turut mendakwa vaksin keluaran syarikat Pfizer boleh menyebabkan manusia bertukar kepada buaya sebagai kesan sampingan.

Sejak disahkan positif Covid-19 pada Julai tahun lalu, Bolsonaro sering kali mendakwa kajian menunjukkan beliau mempunyai antibodi yang tinggi untuk melawan virus tersebut dan tiada keperluan untuk dirinya menerima vaksin.

Screenshot 2021 10 17 At 12.01.15 Pm
Sumber: google image

Beliau juga menolak pas kesihatan yang diberikan kepada mereka yang sudah divaksin di bandar-bandar utama negara itu untuk membolehkan rakyat memasuki sesuatu premis. Dalam satu kenyataan lain, Bolsonaro menegaskan sekiranya seseorang rakyat itu tidak mahu divaksin, itu adalah hak mereka dan ia muktamad.

Screenshot 2021 10 17 At 12.01.57 Pm
Sumber: google image

Keengganan Presiden Brzil itu untuk menerima suntikan vaksin dikecam pelbagai pihak terutamanya ketika beliau menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada bulan lepas.

 

Baca: “Semua dia sapu” – Lelaki Di Brazil Ini Terima 5 Suntikan Vaksin Berbeza Dalam Masa 10 Minggu

Screenshot 2021 10 17 At 11.56.40 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.