in

“Semua dia sapu” – Lelaki Di Brazil Ini Terima 5 Suntikan Vaksin Berbeza Dalam Masa 10 Minggu

Habis Semua Dia Sapu Lelaki Di Brazil Terima 5 Suntikan Vaksin Berbeza Dalam Masa 10 Minggu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang penduduk di Rio De Janeiro, Brazil perlu membuat penjelasan kepada pihak berkuasa tempatan tentang bagaiamana dia boleh memperolehi lima dos suntikan vaksin COVID-19 berbeza hanya dalam masa 10 minggu.


Horizontal E1630205551276

Lapor media tempatan, lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu mula mendapatkan suntikan vaksin Pfizer pada 12 Mei, suntikan vaksin AstraZeneca pada 5 Jun, suntikan vaksin Coronavac pada 17 Jun, satu lagi suntikan vaksin jenis Pfizer pada 9 Julai dan suntikan vaksin Coronavac pada 21 Julai.

Perbuatan lelaki terbabit bagaimanapun, berjaya dikesan pada 16 Ogos lalu ketika dia sedang berusaha untuk mendapatkan suntikan vaksin kali keenam, lapor The Brussel Times.

Shutterstock 1871514541 E1630205607784
Gambar hiasan

Pada mulanya, kerajaan tempatan percaya rekod vaksinasi digital lelaki itu hanyalah satu glitch di platform atas talian. Bagaimanapun, siasatan lanjut mendedahkan ia bukanlah satu kesalahan teknikal.

Walau bagaimanapun, cara sebenar bagaimana lelaki itu boleh mendapatkan suntikan vaksin berbeza di tiga lokasi pemberian vaksin berbeza masih tidak diketahui secara terperinci. Bagaimanapun, ada sumber mengatakan lelaki itu mungkin mengambil kesempatan atas kegagalan komputer.

Jelas Sekretariat Kesihatan, identiti lelaki terbabit sudah dikenal pasti dan tindakan akan dikenakan.

Skynews Brazil Monica Calazans 5241081 E1630205688304

Kes membabitkan penerimaan suntikan vaksin lebih dari yang sepatutnya ini terbongkar saat Brazil sedang berdepan dengan masalah kekurangan bekalan vaksin.

Untuk pengetahuan, Brazil merupakan negara kedua di dunia yang mempunyai jumlah kematian akibat pandemik paling tinggi selepas Amerika Syarikat. Difahamkan, lebih 570,000 orang sudah terkorban dek penularan wabak maut itu.

Sumber: The Brussel Times, Oddity Central

Baca: Warga Emas di Jepun Tak Pasal Pasal Dapat 3 Dos Vaksin Covid-19 Sebab Hospital Tersilap Ada Wanita Nama Sama

Ft Vaksinjepun E1624674306380

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.