in

[VIDEO] Comel! Netizen Terhibur Lihat Gelagat Makcik Kuat Terpengaruh Drama Korea

6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya pengaruh drama Korea dalam masyarakat kita sekarang ni dah semakin meluas. Bukan saja dalam kalangan remaja, malah golongan mak-mak pun dah banyak terjebak tengok K-Drama di laman-laman strim online ni. Kadang-kadang tu boleh jadi diorang lagi advance daripada kita!



Dalam kebanyakan drama Korea, biasanya akan ada babak di mana watak cerita tersebut membawa gaya tersendiri untuk minum minuman keras soju yang terkenal di negara tersebut. Tapi korang jangan pandai-pandai nak try pulak ye.

Baru-baru ini, tular gelagat seorang makcik yang dilihat begitu terpengaruh dengan drama Korea, hingga terbawa-bawa bila masuk di dalam sebuah kedai serbaneka.

Klip berdurasi 14 saat itu dilihat mencuit hati apabila wanita berusia itu mengangkat gelas pada kedai tersebut sambil berpura-pura minum soju. Malah, dia siap membuat ‘demostrasi’ minum dalam keadaan berpaling apabila diminta oleh anaknya yang sedang merakam video tersebut.

Video tersebut tular di laman Tiktok dengan jumlah tontonan melebihi 200 ribu tontonan dan menerima lebih 30 ribu like.

Rata-rata netizen di ruangan komen turut berdekah melihat gelagat comel dari makcik itu. Ramai juga yang ‘ghisau’, dan ada juga yang berkata ibu mereka juga banyak terpengaruh dengan K-drama.

13141516 1

Cute sangat kan makcik ni? Family korang jenis kuat tengok K-drama jugak tak?

Baca: “3 tahun tak boleh jalan”- Ramai Terkejut Nenek Umur 85 Tahun Boleh Jalan Lepas Ambil Vaksin AZ

12 1

 

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.