in

Polis Sahkan Lelaki Dipukul Hingga Maut Positif Dadah, Ada 10 Rekod Bahan Terlarang

Ft Lelaki Dipukul Positif Dadah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lelaki yang diikat dan dipukul oleh orang awam sehingga meninggal dunia di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang pada Selasa lalu didapati positif dadah jenis syabu dan ganja.


Mengikut laporan Berita Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan bahawa mangsa yang berusia 42 tahun itu juga didapati memiliki 10 rekod dadah dan dikehendaki berkaitan bahan terlarang berkenaan.

Artikel berkaitan : Lelaki Belasah ‘Rider’ Sebab Tak Puas Hati Kena Hon Dicekup Polis, Rupanya Positif Dadah

Artikel berkaitan : Suspek Kes Dera Anak Kekasih Ditahan, Rupanya Ada 13 Rekod Jenayah & Positif Dadah

“Kita turut menahan dua lagi lelaki masing-masing berusia 22 dan 39 tahun di Kajang, semalam yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

“Kita percaya ada lagi individu lain yang akan ditahan selepas ini, selain sudah menerima laporan dibuat oleh dua pemilik kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu.”

“Difahamkan ketika kejadian, mangsa melanggar dua kenderaan lain sebelum ditemui meninggal dunia dipercayai akibat dipukul.”

Jelas Hussein Omar lagi, motif kejadian masih lagi disiasat selepas bedah siasat mendapati tiada kecederaan ketara pada mangsa yang jadi penyebab kematian.

“Kami masih lagi menunggu keputusan analisis makmal bagi mengenal pasti punca kematian mangsa,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang menjadi saksi kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

Sebelum ini, seramai 5 lelaki yang berusia antara 22 hingga 52 tahun telah ditahan selepas disyaki memukul seorang pemandu kereta sehingga mati selepas kemalangan di taman berkenaan.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.