in

Lelaki Belasah ‘Rider’ Sebab Tak Puas Hati Kena Hon Dicekup Polis, Rupanya Positif Dadah

Lelaki Belasah Rider Positif Dadah

Tular beberapa rakaman video di media sosial memaparkan seorang lelaki membelasah seorang penunggang motosikal di sebuah jalan raya berhampiran lampu trafik.

Susulan video itu, pihak polis telah memberkas tiga lelaki termasuk seorang daripadanya yang tular membelasah rider di persimpangan lampu isyarat Jalan Langat-Klang.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, semakan mendapati kesemua suspek yang berusia 28 hingga 39 tahun juga mempunyai rekod lampau dadah.

Artikel berkaitan: Penganggur Tunjuk Belang ‘Flying Kick’ Warga Emas Dipenjara 6 Bulan

Artikel berkaitan: Tular Video Penunggang Motor Rempuh Anggota JPJ Sampai Cedera, Rupanya Tiada Lesen Memandu & Road Tax

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1709040789618409893

“Ujian saringan mendapati suspek utama berusia 39 tahun positif dadah jenis methamphetamine.

“Permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Klang, hari ini,” katanya.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Penunggang motosikal terbabit dilaporkan cedera di bibir, tulang rusuk dan kaki selepas dipukul dan ditendang suspek.

Pada hari kejadian, mangsa yang berusia 21 tahun membunyikan hon pada sebuah kereta kerana memandu secara berbahaya dan hampir melanggarnya.

https://twitter.com/nanmanjoi8715/status/1708483870860120514?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1708483870860120514%7Ctwgr%5E46d6e1a9f17f4dd57c109660c4f401dfc8e73a78%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Flelaki-sado-pukul-penunggang-motosikal-kena-berkas-didapati-positif-dadah%2F

Lalu, pemandu kereta itu menghalang pergerakan mangsa dan kemudian menolak mangsa sehingga jatuh dari motosikal dan membelasahnya beberapa kali.

Mangsa turut mengalami kerugian sebanyak RM250 apabila cover set motosikalnya rosak akibat ditendang suspek.

Sumber: Kosmo!