Seorang anggota polis berpangkat Inspektor ditikam oleh dua orang rakannya masa tengah tidur, mangsa yang dikenali sebagai AM (35) itu ditikam ketika sedang berehat di rumahnya di Palembang.
Insiden itu berlaku pada hari Ahad (14/6/2020) sekitar jam 1 pagi. Menurut sumber Tribunnews, mangsa dan suspek mengenali antara satu sama lain.
Sempat makan sama-sama
Pada waktu itu, mangsa baru sahaja pulang kerja, suspek dah berada di sekitar kawasan rumah mangsa dari pukul 6 petang.
Setibanya mangsa di rumah, kedua pelaku sempat makan bersama sebelum mangsa tertidur secara meniarap di depan TV.
Ketika mangsa tertidur, suspek terus menikam bahu mangsa sebelum melarikan diri sambil membawa senjata api milik AM.
Ketua polis daerah menegaskan bawa peritistiwa yang berlaku ini bukanlah satu rompakan tetapi terdapat perselisihan antara mereka hingga membuatkan mangsa ditikam masa tengah tidur.
Kes ini masih lagi dalam siasatan dan suspek kini sedang diberkas. Kes ini disedari apabila jiran tetangga terdengar jeritan mangsa dan ternampak mangsa pada waktu itu berlumuran darah.
Saksi yang melihat kejadian itu menjelaskan mangsa menjerit minta tolong sambil memegang bahunya sebelum mangsa dikejarkan ke hospital.
Baca : [Video] Bengang Tak Boleh Keluarkan Wang, Pemuda Ini Cuba Nak Tikam Polis Sebelum Ditembak Di Klang