in

PM Tawar Jadi Individu Pertama Disuntik Vaksin COVID 19, Mahu Yakinkan Rakyat Vaksin Selamat & Berkesan

Suntik Pertama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas Presiden Indonesia, Joko Widodo mengumumkan ingin menjadi orang pertama di Indonesia menerima vaksin COVID 19, hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengambil langkah yang serupa apabila mengumumkan bakal menawarkan diri untuk jadi individu pertama menerima suntikan tersebut. 

Menurut Berita Harian, Perdana Menteri berkata, ia bagi meyakinkan rakyat bahawa vaksin COVID 19 yang diperolehi tersebut selamat dan berkesan.


Ini akan diikuti dengan petugas barisan hadapan, sebelum diberikan kepada kumpulan sasar iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, mereka yang menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) dan penyakit saluran pernafasan kronik,” katanya dalam perutusan khas hari ini.

Dalam perutusan tersebut juga, PM mengajak semua pihak untuk bersama-sama menghayati dan membudayakan norma baharu dalam menjalani kehidupan seharian walaupun selepas menerima bekalan dan suntikan vaksin tersebut.

Menurutnya lagi, kita perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu kerana virus tersebut sudah pun berada dalam komuniti.

901447

“Patuhi SOP (prosedur operasi standard) ditetapkan dan amalkan kebiasaan mencuci tangan menggunakan sabun dengan lebih kerap atau gunakan pencuci tangan (hand sanitizer) jika tiada punca air berdekatan, pakai pelitup muka dengan betul ketika berada di tempat awam dan jaga jarak fizikal dengan orang di sekeliling.

“Insya-Allah, kita mampu menghadapi cabaran ini bersama,” katanya lagi.

Selain PM, siapa agaknya akan jadi orang pertama menerima vaksin ni ye?

Baca: “Vaksin COVID 19 GRATIS!” – Presiden Indonesia, Joko Widodo Jadi Orang Pertama Terima Vaksin, Mahu Tarik Kepercayaan Rakyat

Joko

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.