“Vaksin COVID 19 GRATIS!” – Presiden Indonesia, Joko Widodo Jadi Orang Pertama Terima Vaksin, Mahu Tarik Kepercayaan Rakyat

Jadikan sumber pilihan di Google
“Vaksin COVID 19 GRATIS!” – Presiden Indonesia, Joko Widodo Jadi Orang Pertama Terima Vaksin, Mahu Tarik Kepercayaan Rakyat

Meskipun sudah diberikan penjelasan yang lengkap mengenai vaksin COVID 19 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, rakyat nampaknya masih takut dan kurang percaya dengan keberkesanan vaksin tersebut.

Demi menarik kepercayaan rakyat Indonesia, presiden republik tersebut, Joko Widodo dalam kenyataannya semalam memberitahu bahawa dia akan jadi penerima pertama vaksin berkenaan. 


Menurut Joko Widodo atau lebih kenali sebagai Jokowi di Twitter, selain daripada menjadi penerima pertama vaksin tersebut, dia juga memberitahu yang vaksin itu akan diberikan secara GRATIS atau percuma kepada seluruh rakyat Indonesia. Wah! 

Setelah melakukan kalkulasi ulangan kewangan negara, dapat saya sampaikan bahawa vaksin COVID 19 untuk masyarakat adalah GRATIS. Sekali lagi GRATIS tidak dikenakan biaya sama sekali,” katanya.

Menjadi negara keempat yang mempunyai populasi teramai di dunia, Indonesia telah menerima 1.2 juta dos vaksin daripada syarikat China, Sinovac yang telah dihantar pada awal bulan ini, lapor ABC News.

Namun kini, Indonesia dan Jokowi katanya hanya menantikan autorisasi penggunaan kecemasan daripada agensi makanan dan dadah negara tersebut.

Afp 20200323 Indonesia Joko Widodo 1608120318807Sumber: Rappler

Sebanyak 1.8 juta dos lagi katanya akan dihantar pada bulan Januari nanti dengan pihak kerajaan mengesyorkan petugas kesihatan di Jawa dan Bali akan diutamakan dalam pemberian vaksin tersebut.

Dalam pada itu, Jokowi masih belum mengumumkan vaksin yang mana akan diterimanya, namun fasa ketiga vaksin Sinovac kini dalam percubaan kepada 1,620 sukarelawan di Bandung dan Barat Jawa. Keputusan ujian tersebut masih belum dikemukakan lagi.

Malaysia pun akan beri vaksin secara free kan? Siapa agaknya jadi orang pertama yang terima ye… 

Baca: “Ujilah, saya tak takut” – ‘Panglima Perang’ Bung Mokhtar Tawar Diri Jadi Orang Pertama Terima Vaksin Covid-19

Bung

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Vaksin COVID 19 GRATIS!” – Presiden Indonesia, Joko Widodo Jadi Orang Pertama Terima Vaksin, Mahu Tarik Kepercayaan Rakyat
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/vaksin-covid-19-gratis-presiden-indonesia-joko-widodo-jadi-orang-pertama-terima-vaksin-mahu-tarik-kepercayaan-rakyat/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen