Selasa lalu, seorang lelaki telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM10,000 selepas dia didapati bersalah kerana tidak memberikan laluan kepada escort YDP Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Ketika kejadian pada 6 Mei lalu, lelaki yang menaiki kereta Honda Civic berwarna kuning dikatakan telah memandu secara merbahaya dan membawa dengan laju serta cuba memotong konvoi VIP melalui lorong kecemasan walaupun telah diminta untuk ke tepi.
Susulan ini, laporan polis telah dibuat ke atas pemandu tersebut sebelum dia dibawa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman kerana menghalang tugas polis serta memandu dalam keadaan merbahaya.
Disebabkan hukuman yang diterima oleh lelaki ini, ramai netizen telah menyatakan rasa simpati mereka terhadap lelaki berusia 36 tahun ini lebih-lebih lagi selepas mengetahui yang dia hanya memperolehi gaji sebanyak RM1,700 sebulan dan perlu menanggung isteri dan dua anak berusia enam dan tiga tahun.
Ekoran ini, seorang aktivis telah membuat crowdfund bagi membantu lelaki tersebut membayar denda dan update terbaru mengatakan bahawa duit terkumpul hasil orang ramai telah pun mencecah RM8,475.
Kak B is at Maybank now! Her account was frozen because many transactions. You can either
1. Wait til tmr to OR
2. Bank in to her sister – is a business account so there shouldn't be any issues.
Siti Noraini Bisri
514253522637
Maybank
So far we have collected RM8475.— Tashny Sukumaran (@tashny) May 12, 2022
Plot twist
Pun begitu, selepas kecoh tentang berita mengenai hukuman terhadap lelaki ini yang rata-ratanya merasakan tak adil, tular pula video semasa hari kejadian.
Di dalam video tersebut, dapat dilihat kereta yang dipandu oleh lelaki tersebut dilihat dibawa secara melulu dan memang sangat merbahaya.
so your hero is the guy that has 2 kids and drives in this manner? Look at this footage instead of just reading articles headlines, where this man was driving recklessly + there’s a wide ass road and there’s no way he pick that same lane as a random coincidence. https://t.co/pwGPr434Sy pic.twitter.com/WAAgncRAjW
— amelia jasbir (@ameliantsyaa) May 12, 2022
Disebabkan video ini tular, ramai pula yang tidak bersetuju dengan tindakan membantu lelaki ini untuk membayar denda kerana dapat dilihat dengan jelas cara pemanduannya yang sangat merbahaya.
Alamak, macam mana ni?
Baca: Viral Video Konvoi ‘Sport Car’ Sekat Jalan, Netizen Dakwa Sebenarnya Nak Tahan Pemandu 4X4 Mabuk?