Baru-baru ini, satu rakaman video pendek telah tersebar di media sosial yang memaparkan satu konvoi kereta mewah dilihat telah menghalang lalu lintas di sebuah lebuh raya. Video terbabit yang kini sudah viral telah mendapat beberapa kecaman daripada pengguna media sosial lain.
Video berkenaan pertama kali dikongsikan ke laman sosial TikTok sebelum dikongsikan semula oleh grup Facebook DashCam Owner Malaysia.
Korang boleh tengok video tu kat bawah:
https://www.facebook.com/aedy.lee/videos/676767883644984
Setakat artikel ini ditulis, video terbabit sudah meraih lebih 80 ribu tontonan di TikTok. Pun begitu, lokasi kejadian terbabit tidak didedahkan.
Meninjau di ruangan komen grup Facebook pula, insiden terbabit nyata mengundang kecaman pengguna media sosial yang rata-rata tidak berpuas hati dengan tindakan konvoi berkenaan yang dianggap membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain selain menyebabkan kesesakan lalu lintas.
“Baru dapat kereta mahal, menyusahkan orang lain. Agak-agak la blok jalan sampai macam tu,” komen netizen.
“Mana boleh block jalan macam ni, kalau ada orang nak terberanak dalam kereta macam mana dah jalan jem macam tu?” tulis netizen lain pula.
Alkisah sebenar nak tahan pemandu 4X4 mabuk?
Meskipun begitu, ada juga pengguna laman sosial lain yang mendakwa kumpulan kereta mewah itu sebenarnya mahu menghalang laluan sebuah kenderaan pacuan empat roda 4X4 yang dikatakan dipandu oleh seorang pemandu mabuk.
Ada juga yang mengatakan, pemandu mabuk terbabit sudah melanggar sebuah kenderaan mewah jenis Lamborghini Aventador berwarna hijau.
“Sportcar semua block kereta 4X4 sebab mabuk lepastu langgar Lambo,” tulis netizen.
“Ikut satu cerita, katanya terpaksa buat macam tu sebab pemandu 4×4 mabuk dan langgar sebuah kereta. Diorang tak nak kemalangan dan ada mangsa sebab sikap tak bertanggungjawab pemandu mabuk,” kata pengguna media sosial lain pula.
Sumber: FB DashCam Owners Malaysia, Kosmo!
Baca: “Siapa diorang ni?!”- Netizen Berang Kereta Potong Laluan Waktu Hujan Didakwa VVIP?