Kanak-kanak 6 Tahun Maut Selepas Basikal Dirempuh SUV

Jadikan sumber pilihan di Google
Kanak-kanak 6 Tahun Maut Selepas Basikal Dirempuh SUV

Hasrat seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun untuk bermain di rumah rakannya tidak kesampaian apabila dia maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Perumahan Batu Hampar, Manir, Terengganu, petang Sabtu.

Dalam kejadian sekitar jam 4.10 petang itu, mangsa, Nur Adelia Qistina Mohd Shukri dari Pengerang, Johor, dilaporkan menunggang basikal bersendirian sebelum dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Harrier.


Pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa tercampak dan mengalami kecederaan serius, khususnya di bahagian kepala.

Screenshot 2026 03 01 At 11.47.51 Am

Mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Manir untuk mendapatkan rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Jenazahnya seterusnya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah bagi proses lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Md Noor berkata, siasatan awal mendapati SUV yang dipandu seorang wanita berusia 43 tahun itu sedang melalui jalan berkenaan untuk ke bazar di Kampung Batu Hampar.

Pada masa yang sama, mangsa dipercayai keluar secara tiba-tiba dari simpang di sebelah kanan jalan.

Screenshot 2026 03 01 At 11.47.15 Am

Artikel berkaitan: Penunggang Motosikal Terlibat Kemalangan Gara-gara Pintu Kereta Tiba-Tiba Dibuka Di Jalan Raya

Artikel berkaitan: ‘Moksu Bedak Sejuk Viral’ Meninggal Dunia Selepas Terlibat Kemalangan

Beliau berkata, jarak yang terlalu hampir menyebabkan pemandu tidak sempat membrek atau mengelak.

Pemeriksaan lanjut mendapati wanita terbabit tidak memiliki lesen memandu dan kenderaan tersebut adalah milik suaminya. Keadaan cuaca ketika kejadian adalah baik dan jalan dalam keadaan rata serta kering.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Kanak-kanak 6 Tahun Maut Selepas Basikal Dirempuh SUV
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kanak-kanak-6-tahun-maut-selepas-basikal-dirempuh-suv/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen