in

PKPB Diganti Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Bermula 10 Jun Hingga 31 Ogos

Untitled 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berdasarkan pengumuman perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), berita baru buat anda, PKPB bakal digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).


Berikut adalah beberapa pengumuman penting yang boleh kami simpulkan buat anda:

1. Perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD.

2. Hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor ekonomi dan sebagainya akan beroperasi semula secara berperingkat dengan pematuhan sepenuhnya kepada SOP.

3. Aktiviti komersial yang melibatkan urus niaga jualan dan pemasaran bukan dalam premis perniagaan juga dibenarkan. Termasuk dalam senarai yang dibenarkan juga ialah lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, aktiviti perikanan rekreasi termasuk kolam pancing komersial dan penggambaran filem.

4. Dalam kategori sukan, beberapa jenis sukan dan rekreasi akan dibuka semula dengan pematuhan kepada SOP. Ini termasuk latihan persediaan pasukan permainan sukan, aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan seperti bowling, badminton, memanah, menembak dan lain-lain. Aktiviti berkumpulan di luar seperti kayuhan basikal dan konvoi motosikal juga dibenarkan.

5. Selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri, aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan.

6. Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban akan dibenarkan tertakluk kepada SOP pihak berkuasa agama Islam. Untuk solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di masjid dan rumah-rumah ibadat pula, kelonggaran untuk membenarkan lebih ramai jemaah hadir mengikut ruang keluasan masjid atau rumah ibadat sedang diperhalusi oleh kerajaan.

7. Beberapa aktiviti dan sektor di dalam senarai negatif semasa PKPB akan dilonggarkan atau dibuka berdasarkan SOP yang ditetapkan. Umpamanya, waktu operasi perniagaan akan kembali seperti biasa dengan pelaksanaan kebiasaan baharu yang melibatkan pemilik premis dan pelanggan.

Pengumuman ini nampaknya adalah satu berita baik buat kita semua! Banyak sektor ekonomi yang akan dibuka semula, bermaksud ekonomi negara akan kembali berkembang jika rakyat terus berbelanja. Apa-apa pun, patuhi SOP yang telah ditetapkan okay!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.