in

[TERKINI] Ziarah Hari Raya & Kubur Dibenarkan Tapi Terhad – MKN

Fi Sop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa ziarah hari raya dan ziarah tanah perkuburan dibenarkan.


Bagi kawasan PKP, ziarah hari raya hanya dibenarkan pada 1 Syawal dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 15 orang dalam satu masa.

Manakala bagi kawasan PKPB dan PKPP pula, ziarah hari raya dibenarkan dari 1 hingga 3 Syawal. Kehadiran tetamu adalah seramai 20 orang bagi kawasan PKPB, dan 25 orang untuk kawasan PKPP.

Selain itu, tuan rumah digalakkan untuk menyediakan pengimbas suhu badan, kod QR MySejahtera atau buku pendaftaran kehadiran tetamu.

Untuk aktiviti ziarah tanah perkuburan pula, hanya dibenarkan bagi kawasan PKPB dan PKPP. Serta terhad kepada enam orang di setiap petak kubur dan tidak melebihi dari 30 minit.

Selain itu, bagi penganjuran rumah terbuka di kawasan PKP, PKPD, atau PKPP adalah tidak dibenarkan sama sekali.

 

Baca : [TERKINI] Solat Sunat Aidilfitri Di Kawasan PKP, PKPP & PKPB Dibenarkan

Solat Sunat Aidilfitri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.