Korang ingat lagi tak barang kemas bernilai bilion ringgit milik Datin Seri Rosmah Mansor yang dirampas polis hampir beberapa bulan lalu? Haa lepas barang kemas tu kena rampas, peniaga berlian Lubnan claim barang kemas tu rupa-rupanya miliknya dan dipinjamkan je kepada Rosmah.
Dalam temubual khas dengan FMT, saudagar berlian Lubnan, Samer Halimeh berkata dia mula berkenalan dengan Rosmah ketika dalam sebuah acara sosial kat Belgravia di London pada 2009. Rosmah pada mulanya mahu syarikat Samer taja dan pamerkan barang kemas berlian kat sebuah majlis amal di luar negara.

Sejak dari tu, Samer makin kerap pulak jadi penaja untuk bekalkan ‘barang kemas VIP’ bagi macam-macam acara yang dihadiri bekas PM Malaysia dan isterinya. Semua acara ni jugak berlangsung kat London dan kota-kota lain di dunia.
Hubungan Rosmah-Samer jadi makin akrab bila Rosmah menjemput saudagar berlian tu untuk hadiri majlis perkahwinan anaknya, Nooryana Najwa pada 2015. Sebab tu lah Samer sangat percaya dengan Rosmah sampai sanggup beri khidmat ‘cuba sebelum beli’. Oh gitu…

“Sebab itulah pada 2018, kami amat mempercayai hubungan ini sehingga memberikan barang kemas bernilai 11.5 juta pound sterling kepada Rosmah atas dasar ‘cuba sebelum beli’.
Saya rasa ia (barang kemas) dipesan dengan jangkaan pasangan itu memenangi pilihan raya umum 2018.”
Oh barulah kita tahu sekarang sebab apa banyak sangat barang kemas….
Tapi bila barang kemas tu dah dirampas, Samer terpaksalah ambil tindakan undang-undang untuk mendapatkannya semula daripada polis Malaysia kerana terbabit dalam siasatan 1MDB.
“Kami sangat kesal dan sedih kerana terpaksa mengambil tindakan mahkamah terhadap Rosmah dalam keadaan sebegini,” luah Samer.

Bagi yang tak tahu, Samer Halimeh merupakan Pengarah Eksekutif bagi Samer Halimeh New York dan Global Royalty Trading SAL adalah anak syarikat kepunyaan Samer ni.
Haih inilah kata orang, nasi sudah menjadi bubur… tak sempat nak melaram dengan barang kemas baru.
Baca: Ini Senarai Barang Kemas Yang ‘Dipinjam’ Rosmah