Semalam nama isteri bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak naik lagi selepas seorang tukang emas borong terkenal dari Lubnan telah memfailkan saman sebanyak USD 14.79 juta dolar iaitu hampir RM60 juta ke atasnya.
Global Royalty Trading SAL mengeluarkan saman sebab Datin Seri Rosmah Mansor tidak memulangkan semula 44 unit barang kemas mereka yang kini berada dalam simpanan polis.
Peguam Rosmah pula mendakwa yang anak guamnya tidak membeli barang kemas tersebut tetapi hanya diperlihatkan kepada Rosmah sahaja dan menyangkal laporan sebelum ini yang mengatakan Rosmah beli barang kemas menggunakan duit curi.
Terbaru, senarai 44 unit barang kemas yang ‘dipinjam’ Rosmah serta nilainya telah dikeluarkan, lapor Harian Metro. Jom kita lihat apa barang-barangnya.
1. Rantai leher berlian
2. Subang (Kedua-dua bernilai AS$586,000) (RM2,351,746.08)
3. Rantai leher
4. Loket berlian empat segi (Kedua-dua bernilai AS$626,800) (RM2,515,350.89)
5. Subang Zamrud
6. Cincin (Kedua-dua bernilai AS$235,000) (RM942,969.76)
7. Subang berlian berbentuk pear (AS$478,000) (RM1,917,969.55)
8. Cincin bertatahkan berlian dan Zamrud (AS$555,000) (RM2,226,862.68)
9. Cincin bertatahkan berlian berbentuk Pear (AS$325,000) (RM1,304,156.55)
10. Subang berlian berbentuk pear (AS$544,000) (RM2,182,899.95)
11. Subang berlian berbentuk hati (AS$180,000) (RM722,151.83)
12. Cincin berlian berbentuk lonjong (AS$250,000) (RM1,003,126.44)
13. Cincin berlian berbentuk lonjong (AS$125,000) (RM501,564.84)
14. Rantai leher berlian
15. Subang berlian (Kedua-duanya bernilai AS$670,000) (RM2,688,518.60)
17. Rantai leher bertatahkan berlian dan zamrud (AS$410,000) (RM1,645,175.12)
18. Subang berlian berbentuk pear (AS$334,000) (RM1,340,272.60)
19. Rantai tangan berlian (AS$444,000) (RM1,781,712.32)
20. Rantai leher berlian (AS$270,000) (RM1,083,137.71)
21. Cincin berlian berbentuk lonjong (AS$155,000) (RM621,811.12)
22. Cincin berlian berbentuk hati (AS$288,000) (RM1,155,423.53)
23. Subang berlian berbentuk pear (AS$489,000) (RM1,961,700.07)
24. Rantai leher berlian (AS$505,000) (RM2,025,835.13)
25. Cincin berlian (AS$124,000) (RM497,429.44)
26. Rantai leher (AS$487,000) (RM1,953,682.82)
27. Subang berlian (AS$177,000) (RM710,120.52)
28. Cincin berlian berbentuk pear (AS$190,000) (RM762,141.79)
29. Rantai leher berlian (AS$575,000) (RM2,306,745.18)
30. Subang berlian (AS$141,570) (RM567,925.14)
31. Cincin berlian (AS$925,000) (RM3,711,776.1)
32. Rantai leher berlian (AS$357,000) (RM1,432,791.03)
33. Subang berlian (AS$265,000) (RM1,063,571.25)
34. Rantai leher berlian berbentuk hati (AS$322,000) (RM1,292,424.39)
35. Subang berlian berbentuk pear (AS$307,000) (RM1,232,285.02)
36. Rantai berlian (AS$525,000) (RM2,107,316.46)
37. Subang berlian (AS$230,000) (RM923,205.31)
38. Cincin bertatah berlian dan zamrud (AS$249,000) (RM 999,539.16)
39. Rantai tangan berlian dan zamrud (AS$220,500) (RM 885,046.73)
40.Rantai leher berlian (AS$525,500) (RM 2,109,261.04)
41.Subang berlian (AS$220,500) (RM885,070.69)
42. Rantai leher berlian (AS$586,600) (RM2,354,742.51)
43.Rantai berlian (AS$275,300) (RM1,105,115.26)
44. Subang berlian (AS$240,000) (RM963,459.21)
JUMLAH KESELURUHAN = USD 14,787,770
(kira-kira RM59.8 juta)
Wow, terbeliak mata admin tengok senarai barang kemas yang ada pada Rosmah. Terjawab juga persoalan barangan apa yang ada sampai dekat RM60 juta tu!
Orang kaya!
Baca: “Barang kemas untuk Rosmah lihat je, tak beli pun” – Peguam