in

“Dia berulang kali gelarkan anak saya bapok”- Wanita Kena Bayar Ganti Rugi Sebab Hina Anak Jasmin Hamid

jasminn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terlajak perahu boleh diundur terlajak bagi komen buruk padahnya.

Gara-gara mempersendakan fizikal anak angkat pelakon Jasmid Hamid, seorang wanita yang menghina anaknya ‘bapok’ itu terpaksa membayar ganti rugi terhadap perbuatannya itu.


 

Selesaikan diluar mahkamah

jasmin
Sumber : mStar 

Perkara itu dijelaskan oleh peguam Nasser Yusof yang mewakili pihak Jasmin dalam tuntutan mohon maaf secara terbuka dalam satu sidang media serta secara lisan dan menarik semula tohmahan yang dilemparkan.

Nasser berkata, krisis itu diselesaikan di luar mahkamah dengan syarat dan terma tertentu selepas saman sivil dikeluarkan terhadapnya selain dia juga mengakui kesilapan dibuat.

 

Saya failkan saman sebab individu tersebut berulang kali menggelarkan anak saya ‘bapok’, jadi perkataan itu yang membuatkan saya mahu ambil tindakan undang-undang”

jasmin2
Sumber : mStar

Lapor mStar, tujuan Jasmin membuat tindakan udang-undang kepada individu tersebut disebabkan hinaan ‘bapok’ terhadap anaknya itu dib uat ebrulang kali.

“Disebabkan perkataan itu juga, kehidupan anak saya menjadi terganggu dan dia menerima tohmahan daripada orang luar juga. Dia sangat terkesan dengan komen tersebut”

Tambahnya lagi, sebagai seorang ibu tiada siapa berhak untuk mencela fizikal anaknya bahkan orang lain sekalipun.

Sebelum ini Jasmin pernah membuat kenyataan bahawa dia akan mengemukakan saman sivil terhadap dua individu lain yang fitnah anaknya di laman sosial.

 

Baca : “Kalau tak berduit jangan la nak saman orang” – Netizen Dah Naik Meluat Dengan Pakcik Guard Ni

saman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.