in

Sharnaaz Ahmad Beri ‘Pesanan’ Pada YouTuber Melawat Pusara Siti Sarah Untuk ‘Content’

Collage 2.44.29 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan varian Delta yang semakin mengganas, hampir setiap hari kita mendengar berita tentang kematian orang di sekeliling kita tanpa mengira usia.


Jadi, apa yang kita boleh lakukan di ketika ini adalah dengan menghulurkan simpati serta menjaga sensitiviti orang yang sedang bersedih kerana kehilangan orang tersayang.

Baru-baru ini, seorang YouTuber, Aisar Khaledd yang sebelum ini pernah dilanda beberapa kontroversi sekali lagi mendapat perhatian selepas dia membuat konten menziarahi pusara allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang meninggal akibat Covid-19 pada Isnin lalu.

Perbuatan Aisar ini jelasnya telah menimbulkan kemarahan netizen, lebih-lebih lagi ini bukan isu pertama yang ditimbulkan oleh YouTuber tersebut.

Ekoran ini, menerusi IG storynya, Aisar telah pun mengeluarkan permohonan maaf dan mengatakan video yang dimuat naiknya itu telah pun dipadamkan.

Screenshot 2021 08 11 At 2.29.22 Pm

Tindakan Aisar yang menggunakan kematian Siti Sarah untuk dijadikan modal konten YouTube ini turut mendapat respon dari suami arwah sendiri, Shuib yang mengakui marah dengan tindakan tersebut.

Bukan itu sahaja, rakan rapat kepada keluarga Shuib, Sharnaaz Ahmad turut mengambil peluang untuk membidas tindakan Aisar tersebut dengan menitipkan pesanan kepadanya melalui Instagram.

Mungkin dunia belum berlaku adil lagi kepada anda. Jika hari itu sampai, jangan ditanya apa kesalahan anda.”

“Simpan footage di YouTube tu sebagai rujukan, sebab itu lah penyumbang kepada karma dihadapan anda.”

“Till then enjoy your life while you can buddy.”

Img 0238

Untuk pengetahuan korang, video yang dimuat naik oleh Aisar itu dikatakan telah pun mendapat tontonan lebih 100k dan disamping itu, influencer ini turut sempat membuat give away kepada penontonnya dan membuatkan ramai orang rasa tak selesa.

 

Baca: “Marah mmg marah, tapi…” – Youtuber Jadikan Kematian Sarah Sebagai ‘Content’ Buat Giveaway, Ini Respon Shuib

Ft Aisar Buat Content Kematian Sarah Shuib Respon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.