“Pertandingan ni ada stop untuk solat ke?” – Alif Satar Berjaya Habiskan Cabaran ‘Ironman’ Dalam Masa 15 Jam Tapi…

Tambah ke Sumber Pilihan
“Pertandingan ni ada stop untuk solat ke?” – Alif Satar Berjaya Habiskan Cabaran ‘Ironman’ Dalam Masa 15 Jam Tapi…

Umum mengetahui Alif Satar merupakan seorang selebriti yang sememangnya serba boleh. Dia yang memulakan karier dengan menyertai pertandingan One in a million musim pertama.

Kini dia yang sudah cukup dikenali bukan hanya kerana bakatnya sahaja tapi perwatakannya yang dikatakan gentleman disenangi ramai.


Baru-baru ni, Alif, 29, telah memasuki pertandingan Triathlon, Ironman Malaysia yang di anjurkan di Pantai Cenang, Langkawi.

Alif Lari
Sumber: Instagram

Cabaran Ironman yang terdiri daripada berenang, berbasikal, dan maraton itu telah berjaya di tamatkan oleh Alif dalam masa 15 jam 5 minit 49 saat. Nampak macam mudah kan? 

Tapi sebenarnya jarak bagi ketiga-tiga cabaran adalah berbeza. Cabaran berenang adalah sejauh 3.8 kilometer, berbasikal sejauh 180 kilometer, dan maraton sejauh 42 kilometer.

Ramai rakan-rakan selebriti yang memberikan ucapan tahniah diatas kejayaan yang diraih ini.

“Alhamdulilah, Tahniah!”

Congrats 2
Sumber: Instagram
Congrats
Sumber: Instagram

Namun disebalik itu ada juga netizen yang mempersoalkan waktu solat bagi peserta yang beragama islam. Yelah, berjam-jam bertanding bilanya nak solat kan?

Tanya Naks Embayang Mana
Sumber: Instagram

Namun persoalannya itu pantas dijawab Alif sendiri yang mengatakan pihak penganjur ada menyediakan tempat solat khas bagi peserta yang beragama islam.

“Ada ruang solat di transition 2 (bike to run).”

“Bila amik wudhu ada volunteer tolong pegangkan botol”

“Organiser ironman sediakan ruang khas untuk muslim athletes.”

Selain itu persoalan ini juga turut mendapat perhatian salah seorang petugas cabaran Ironman. Dia menjelaskan mengenai ruang untuk peserta muslim solat.

Jawab Tempat Solat 2
Sumber: Instagram

Walau apa pun, masih belum terlambatkan untuk admin nak ucapkan tahniah dekat Alif. Memang hebat betul dia ni.

Baca: “Dah tiga generasi tunggu anak lelaki” – Alif Satar Kongsi Kisah Istimewa Anak Bongsunya Yang…

Anak Alip

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Naqiuddin
Lagi tulisan Naqiuddin
Hey whatsapp gais. Layan anime tak?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Pertandingan ni ada stop untuk solat ke?” – Alif Satar Berjaya Habiskan Cabaran ‘Ironman’ Dalam Masa 15 Jam Tapi…
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pertandingan-ni-ada-stop-untuk-solat-ke-alif-satar-berjaya-habiskan-cabaran-ironman-dalam-masa-15-jam-tapi/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM