in

”Dah tiga generasi tunggu anak lelaki”- Alif Satar Kongsi Kisah Istimewa Anak Bongsunya Yang…

Feature Bebi Ali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita sebut je nama Alif Satar mesti ramai yang dah tau dengan sikap dia yang memang gentleman dan profesional  bila atas pentas.


Baru-baru ini juga Alif telah dikurniakan cahaya mata yang baharu iaitu anak lelaki yang di beri nama Muhammad ‘Ali.

Bebi Ali 3
Sumber: instagram

Menurut astro awani, Alif telah mendedahkan bahawa anak bongsunya itu merupakan satu-satunya bayi lelaki tunggal dalam keluarga sebelah ibunya melainkan Alif sendiri.

Disebabkan itu, bayi ini amat dinanti-nantikan seluruh ahli keluarganya.

“Dalam generasi ketiga dia menjadi anak lelaki pertama. Adik beradik ibu saya semuanya perempuan dan sepupu saya juga semua perempuan.

“Manakala, adik-beradik saya juga semua perempuan, sama juga anak saudara saya. Saya satu-satunya anak lelaki.

“Jadi, kelahiran Muhammad ‘Ali menjadi anak cahaya mata lelaki yang ditunggu-tunggu ramai sejak sekian lama,” kongsi Alif.

Anak bongsu Alif ini telah di lahirkan pada 19 september 2019 dan tarikh itu merupakan tarikh yang sama Alif Satar lahir.

Alif juga turut dikurniakan 2 cahaya mata perempuan iaitu Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca, 2 tahun.

Bebi Ali 2
Sumber: instagram

Lepas ni Alif dah ada kawan lah nak berbasikal sama-sama

 

Baca: “Nampak baby bump” – Fasha Sandha Hamil?

Fasha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.