in

Pertama Kali Naik Pesawat, Video Ketua Kampung Nyaris Terbuka Pintu Kecemasan Tular

Page 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penerbangan dari Jakarta ke Blora, Jawa Tengah baru-baru ini terpaksa dibatalkan apabila seorang ketua kampung cuba untuk membuka pintu kecemasan dari dalam pesawat tersebut.


Dalam kejadian itu, Sudarto, 57 tahun, dikatakan tidak sengaja membuka pintu kecemasan tersebut gara-gara itu merupakan pengalaman pertamanya menaiki pesawat.

Sudarto yang juga merupakan seorang Kades (ketua kampung) turut menyatakan bahawa pintu tersebut hanya terbuka sedikit dan tidaklah sepenuhnya. Rakaman kepada kejadian tersebut ditularkan melalui laman Instagram Fakta Indo.

Kejadian tersebut bermula apabila Sudarto diarahkan untuk bertukar tempat duduk dari bahagian paling hadapan sebelah kanan ke kerusi bersebelahan pintu kecemasan tersebut.

Memetik kenyataan dari CNN Indonesia, Sudarto, pertama kali menaiki pesawat kemudiannya bertindak menarik tombol pintu kecemasan itu secara tidak sengaja.

Pintu apa tu. Itu pintunya, mungkin tangan saya tak sengaja menekan panel atau tombol membuka pintu kecemasan. Itulah jadinya. Akhirnya saya ditarik ke pejabat (di lapangan terbang). Saya tanya, saya kena denda apa?”

Sudarto turut menegaskan bahawa pintu itu hanya terbuka sedikit dan tidak penuh, sebelum memaklumkan kejadian itu tidak akan berlaku jika dia tidak dipindahkan dari tempat duduk asalnya.

Walau bagaimanapun, ketua kampung itu hanya kerugian tiket penerbangannya sebagai denda atas tindakannya itu. Sudarto juga dikatakan telah membuat surat kenyataan yang berserta tandatangannya, memaklumkan dia tidak jelas dengan prosedur penerbangan.

Menurut sumber, dia sendiri tidak tahu tindakannya itu mengakibatkan penerbangan itu dibatalkan terus. Dia dikatakan pergi ke Jakarta atas urusan menghadiri kursus bimbingan teknikal selama beberapa hari.

“Dia pun memang tak tahu kot…” – Netizen

Video tersebut viral di Instagram dengan jumlah lebih 400,000 tontonan dan mengundang lebih 3,000 komen, di mana rata-rata netizen dilihat memahami bahawa tindakan lelaki itu hanyalah kerana itu merupakan pengalaman pertamanya menaiki pesawat.

Whatsapp Image 2021 12 24 At 11.09 Vert

Semoga jadi pengajaran pada semua. Korang jangan cuba pulak lepas ni, tak pasal-pasal kena angkut keluar jugak.

Sumber: Instagram dan CNN Indonesia

Baca: “Tiba-tiba dia kata aku anak dia” – Wanita Hampir Jadi Mangsa ‘Keldai Dadah’ Orang ‘Overfriendly’ Duduk Sebelah

1 6 1

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.